JOM BERWAKAF UNTUK FASILITI DAN PERALATAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN DI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR |
|
![]() |
JOM BERWAKAF UNTUK FASILITI DAN PERALATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera,
Semoga YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah S.W.T. Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) merupakan salah satu fakulti asas penubuhan Universiti Putra Malaysia (UPM). Seiring dengan perkembangan UPM, FPV juga telah menunjukkan kemajuan pesat seperti terbinanya kompleks FPV pada tahun 2011. Kecemerlangan FPV sebagai perintis dan peneraju pendidikan veterinar di Malaysia juga telah mendapat pengiktirafan antara 50 sekolah veterinar terbaik di dunia berdasarkan ‘QS World University Ranking’ 2024.
3. FPV telah menarik minat ramai calon pelajar tempatan dan antarabangsa. Peningkatan pelajar veterinar dalam beberapa tahun kebelakangan serta keadaan fasiliti yang sudah berusia, menuntut perlunya penambahbaikan fasiliti serta penambahan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang baharu. Ini amat perlu untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti, disamping menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, berkesan dan selamat.
4. Tabung Wakaf Fasiliti dan Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran yang diwujudkan ini akan memberi fokus kepada penambahbaikan fasiliti pengajaran seperti dewan kuliah, makmal pengajaran, auditorium, dewan peperiksaan dan bilik tutorial. Selain daripada itu, dana tabung wakaf ini juga akan menyokong pembelian peralatan untuk perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran seperti mikroskop pelajar, alat pandang dengar dan model pengajaran juga turut diutamakan.
5. Justeru, pihak kami mempelawa kepada semua warga dan alumni UPM untuk sama-sama menyumbang dalam Wakaf Fasiliti dan Peralatan Pengajaran di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. “Dari Anas RA, beliau berkata: Rasullullah SAW bersabda: Barang siapa yang membina sebuah masjid bagi Allah, yang kecil ataupun besar, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga.” [Riwayat al-Tirmidzi]
6. Disertakan kod QR bagi tujuan pembayaran sumbangan dan sila kongsikan slip pembayaran sumbangan wakaf anda untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan potongan cukai pendapatan LHDN ke nombor Whatsapp: 03-97691816.
7. Keprihatinan dan jasa baik YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk sama-sama menyumbang di dalam wakaf ini amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian.
MALAYSIA MADANI
BERILMU BERBAKTI |
Kemaskini:: 19/08/2026 [rizal_helmi]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.