Wakaf Hospital Prubatan Veterinar | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» WAKAF » Projek Wakaf » Wakaf Hospital Prubatan Veterinar

Wakaf Hospital Prubatan Veterinar

 

JOM BERWAKAF UNTUK PROJEK WAKAF HOSPITAL VETERINAR UPM

 
JOM BERWAKAF UNTUK PROJEK WAKAF HOSPITAL VETERINAR UPM
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
 
YBhg.Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
 
Untuk makluman, bangunan Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar merupakan lokasi utama bagi pengendalian aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) klinikal untuk pelajar Doktor Perubatan Veterinar dan aktiviti penyelidikan pelajar siswazah dan pensyarah klinikal yang menyokong PdP. Ianya juga adalah premis utama bagi aktiviti pemberian perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan kepada haiwan. UVH menempatkan 150 orang staf yang berkhidmat di UVH dan hampir 500 orang pelajar yang menjalankan aktiviti PdP di sini secara berkala. Ini tidak termasuk purata 50 orang pelanggan setiap hari dan haiwan-haiwan yang ditempatkan di bangunan ini bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan.
 
Bangunan ini telah berusia hampir 15 tahun. Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja baik pulih bumbung dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut kerosakan yang berlaku. Keadaan bumbung yang daif menyebabkan kebocoran teruk bumbung kerap berlaku terutama terutama ketika hujan lebat. Kebocoran bumbung ini memberikan implikasi yang besar bagi pengoperasian dan keselamatan di UVH yang melibatkan keseluruhan penghuni bangunan ini. Apabila bumbung bocor dengan aliran air yang banyak, peralatan-peralatan dan sangkar-sangkar yang menempatkan haiwan yang sakit terpaksa dialihkan ke kawasan lain yang amat terhad. Peralatan termasuk perabot, berisiko untuk rosak dan turut memberikan risiko kesihatan kepada haiwan yang sedang menerima rawatan.
 
Oleh yang demikian, satu kerja baik pulih dan naik taraf secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menggantikan bumbung yang rosak tersebut. Justeru, pihak kami mempelawa kepada semua untuk sama-sama menyumbang dalam Wakaf Fasiliti dan Infrastruktur Hospital Veterinar Universiti bagi tujuan baik pulih dan naik taraf bumbung. 
 
“Dari Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membina sebuah masjid bagi Allah, yang kecil ataupun besar, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga.” 
(Riwayat al-Tirmidzi)
 
Disertakan kod QR bagi tujuan pembayaran sumbangan dan sila kongsikan slip pembayaran sumbangan wakaf anda untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan potongan cukai pendapatan LHDN ke nombor Whatsapp: 03-97691816.
Keprihatinan dan jasa baik YBhg.Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan untuk sama-sama menyumbang di dalam wakaf ini amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Kemaskini:: 28/02/2026 [rizal_helmi]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (08:19:27pm-08:24:27pm, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]