JOM BERWAKAF UNTUK PROJEK WAKAF INFRA TANI INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN (INTROP) UPM |
||
![]() |
JOM BERWAKAF UNTUK PROJEK WAKAF INFRA TANI INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN (INTROP) UPM Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM sedang melaksanakan Projek Wakaf Infra Tani INTROP UPM bagi menyokong pembangunan infrastruktur tani yang bersifat lestari dan berimpak tinggi. Projek ini bertujuan menambah baik kemudahan penyelidikan, pembangunan teknologi pertanian tropika, pengajaran berasaskan lapangan serta penyediaan ruang pembelajaran yang lebih sistematik untuk para pelajar, penyelidik dan pihak industri. Infrastruktur tani ini bakal berfungsi sebagai pusat rujukan dan latihan dalam bidang perhutanan tropika, agroforest, bioproduk dan inovasi hijau. Inisiatif ini memberi manfaat bukan sahaja kepada warga INTROP dan UPM, malah kepada masyarakat, agensi kerajaan dan pemain industri yang terlibat dalam bidang perhutanan dan pertanian mapan. Sehubungan itu, pihak kami mempelawa seluruh warga UPM, alumni dan masyarakat umum untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada Wakaf Infra Tani INTROP UPM demi merealisasikan pembangunan infrastruktur yang menyokong kelestarian alam, peningkatan ilmu dan manfaat kepada generasi masa depan. Rasulullah SAW bersabda: (Hadis Riwayat Muslim) Wakaf Infra Tani ini merupakan satu sedekah jariah yang memberi manfaat jangka panjang melalui pembangunan ilmu, penyelidikan dan kelestarian alam sekitar. Disertakan kod QR bagi tujuan pembayaran sumbangan. Sila kongsikan slip pembayaran sumbangan wakaf anda untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan potongan cukai pendapatan LHDN ke nombor WhatsApp: 03-97691816. Semoga segala sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah yang berkekalan dan diberkati Allah SWT. |
|
Kemaskini:: 28/02/2026 [rizal_helmi]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.