Wakaf Fasiliti Akademik UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» WAKAF » Projek Wakaf » Wakaf Fasiliti Akademik UPM

Wakaf Fasiliti Akademik UPM

JOM MENYUMBANG KE PROJEK WAKAF FASILITI AKADEMIK UPM DEMI KELESTARIAN INFRASTRUKTUR AKADEMIK UPM

 
JOM MENYUMBANG KE PROJEK WAKAF FASILITI AKADEMIK UPM DEMI KELESTARIAN INFRASTRUKTUR AKADEMIK UPM

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Kemasukan dan Bahagian Tadbir Urus Akademik, UPM melancarkan tabung Wakaf Fasiliti Akademik UPM. Ayuh menghulurkan sumbangan wang tunai ke dalam Tabung Amanah Dana Wakaf Ilmu UPM dengan niat mewakafkannya selama-lamanya kerana Allah S.W.T. demi memenuhi keperluan pembangunan infra dan infostruktur fasiliti akademik UPM. 
 
Dengan sumbangan wakaf anda dapat memberikan manfaat yang lestari (berkekalan) kepada warga UPM dan komuniti terhadap fasiliti akademik yang disediakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimana untuk menghulurkan sumbangan wakaf ini?
Mudah sahaja, ikuti langkah di bawah:
Imbas Kod QR yang dipaparkan dalam e-poster dan buat sumbangan;
Tentukan amaun sumbangan tuan/puan;
Hantarkan slip sumbangan ke talian whatsapp 03-9769 1816 sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan resit Perbadanan Wakaf Selangor, MAIS bagi tujuan pengecualian cukai pendapatan.

Bagaimana jika ingin bertanya lanjut tentang perkara ini?

Tuan/puan boleh hubungi atau whatsapp talian 03-9769 1816 atau hantarkan emel ke alamat wazan@upm.edu.my untuk info lanjut.

Semoga dengan asbab sumbangan daripada tuan/puan, kemudahan fasiliti ini dapat memberikan keselesaan para pelajar di UPM

Wakaf Fasiliti Akademik UPM

 

Kemaskini:: 28/02/2026 [rizal_helmi]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (02:57:51pm-03:02:51pm, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]