SUMBANGAN WAKAF MENAIK TARAF SURAU AL MADRASAH MUFLIHAH, KUARTERS LADANG 1 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) |
||
![]() |
SUMBANGAN WAKAF MENAIK TARAF SURAU AL MADRASAH MUFLIHAH, KUARTERS LADANG 1 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM dalam usaha untuk menaik taraf Surau Al Madrasah Muflihah, Kuarters Ladang 1 UPM yang melibatkan infrastruktur yang rosak dan uzur, menggantikan beberapa peralatan yang usang seperti karpet, alat pembesar suara, mengecat keseluruhan surau dan menaik taraf stor menyimpan peralatan di surau tersebut.
Penaiktarafan surau ini akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar amnya dan penghuni kuarters UPM khasnya kerana surau ini merupakan tempat sehenti serta tumpuan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, kelas mengaji, kemudahan bermusyawarah dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Pihak kami mempelawa kepada semua warga UPM untuk sama-sama menyumbang untuk menaik taraf Surau Al Madrasah Muflihah, Kuarters Ladang 1 Universiti Putra Malaysia ini. “Dari Anas RA, beliau berkata: Rasullullah SAW bersabda:
Barang siapa yang membina sebuah masjid bagi Allah, yang kecil ataupun besar, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga.”
[Riwayat al-Tirmidzi]
Bersama-sama ini disertakan kod QR bagi tujuan sumbangan dan sila kongsikan slip pembayaran sumbangan wakaf anda untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan potongan cukai pendapatan LHDN ke nombor Whatsapp: 03-97691816.
|
|
Kemaskini:: 28/02/2026 [rizal_helmi]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.