PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA PUSAT SUKAN - ANTARA SUKAN DAN IBADAH | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA PUSAT SUKAN - ANTARA SUKAN DAN IBADAH

PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA PUSAT SUKAN - ANTARA SUKAN DAN IBADAH

PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA PUSAT SUKAN: ANTARA SUKAN DAN IBADAH

 

 

SUKAN, REKREASI DAN IBADAH

 

Berhibur dan berekreasi adalah fitrah semulajadi manusia yang bertujuan untuk menenangkan fikiran, mendamaikan jiwa, merehatkan rohani, dan sekaligus memberikan kesihatan kepada jasmani. Kekuatan dan kesihatan fizikal, mental dan jiwa penting untuk setiap Muslim bagi memantapkan pelaksanaan ibadat kepada Allah SWT.

 

Selain itu, aktiviti bersukan menurut pandangan Islam mampu dijadikan platform membangunkan masyarakat yang hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu.

 

Sehubungan itu, kita dapat melihat amal ibadah dalam Islam juga mengandungi gerakan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna seperti solat.

 

Solat memberi kesan pergerakan terhadap komposisi badan, denyutan jantung dan rawatan mati pucuk. Ternyata, manusia memerlukan solat untuk hidup lebih sihat. Ia keperluan bukan beban.

 

Dengan solat, seseorang dapat kerehatan dan menjadi tempat mereka memohon pertolongan.

 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dijadikan penyejuk mataku ada di dalam solat. Wahai Bilal rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

 

 

PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA KOMPLEKS SUKAN UPM

 

Projek Pembinaan Musalla Kompleks Sukan UPM adalah usahasama antara Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pusat Sukan UPM. Projek ini memberi tumpuan kepada pembinaan sebuah Surau atau Musalla untuk kegunaan para atlet (termasuk para pengunjung)  dalam dan luar negara menunaikan tanggungjawab untuk bersolat.

 

Pembinaan ini sangat diperlukan  kerana Musalla yang sedia ada bersaiz kecil dan tidak dapat menampung jumlah pengguna/jamaah, khususnya yang melibatkan penganjuran program atau acara-acara besar di kompleks sukan berkenaan.

 

Bagi merealisasikan usaha murni ini, pihak WAZAN telah bersetuju untuk mewujudkan Tabung Projek Musalla Kompleks Sukan UPM dengan menyediakan dana awal sebanyak RM70,000.00. Sementara bakinya sebanyak RM180,000 lagi akan dibuat menerusi sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak termasuk warga UPM, kariah Serdang dan masyarakat luar.

 

Jom kita bantu Pusat Sukan UPM memiliki Musalla dalam usaha memberikan kemudahan kepada warga UPM, atlet dan pelawat menunaikan kewajipan untuk bersolat serta memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas.

 

 

Klik DISINI https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah-2995 Atau;

 

https://www.cimbclicks.com.my - Pay Bills ke akaun Wakaf Ilmu UPM Atau;

 

https://wazan.upm.edu.my/ebarakah-3433 - eBARAKAH (Skim Potongan Gaji) Khas untuk Staf UPM berstatus TETAP Atau;

 

Disalurkan terus ke dalam akaun:

CIMB Islamik (UPM Dana Wakaf Ilmu) No. Akaun: 8602-68-4995 (Tuliskan Rujukan : Musalla Kompleks Sukan UPM)

 

#KongsiRezeki #WakafZakatMembawaBerkat #WAZANdiHati #WeLoveUPM  

 

Tarikh Input: 30/04/2021 | Kemaskini: 07/07/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbLAh~