ZAKAT FITRAH: KETAHUI WAKTU-WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » ZAKAT FITRAH: KETAHUI WAKTU-WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

ZAKAT FITRAH: KETAHUI WAKTU-WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

Apa itu Zakat Fitrah?
 
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
 
 
Apakah syarat wajib zakat fitrah?
 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
 
 
Bilakah waktu untuk kita menunaikan zakat? Apakah hukumnya?
  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Tak tahu nak tunaikan zakat fitrah di mana? Jom tunaikan di Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM melalui pembayaran online https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah-2995 dan bayar di kaunter WAZAN UPM di https://maps.app.goo.gl/S9BqpzmcN9QcKZMa8
 
Semoga dengan zakat anda dapat bantu asnaf yang memerlukan.

Tarikh Input: 14/03/2024 | Kemaskini: 14/03/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbRAt~