[ EBARAKAH ] | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

» [ EBARAKAH ]

[ eBARAKAH ]

Membantu Perancangan

Ibadah Harta Anda

Secara BERTERUSAN

Kemudahan Skim Potongan Gaji kini di hujung jari!

 

Klik eBARAKAH

 

eBARAKAH ialah satu sistem di mana semua kemudahan potongan gaji untuk urusan wakaf, zakat dan sumbangan derma staf UPM diproses melalui satu saluran demi memudahkan kaedah potongan gaji bulanan dilaksanakan oleh pihak WAZAN.

Sistem eBARAKAH ini dikendalikan sepenuhnya oleh Seksyen Dakwah dan Pemasaran yang diwujudkan di bawah WAZAN. Bagi staf UPM yang telah mendaftar skim potongan gaji mereka menerusi eBARAKAH, mereka boleh menggunakannya untuk mendaftar arahan potongan baharu, meminda atau menambah kadar potongan semasa.

Selain itu, sistem eBARAKAH ini dapat membantu pihak WAZAN mengumpulkan pangkalan data staf UPM yang menyertai skim potongan gaji sama ada untuk Dana Wakaf Ilmu, Zakat UPM dan UPM Prihatin@WAZAN dan sebagainya dengan cara yang lebih bersistematik dan terjamin.

Sistem eBARAKAH juga menyediakan kemudahan semakan maklumat potongan sumbangn individu yang membolehkan mereka mengakses laporan dan penyata mereka secara langsung dan mencetaknya. Maklumat potongan sumbangan yang lengkap dapat membantu mereka menguruskan tuntutan pelepasan cukai dan lain-lain urusan yang berkaitan.

Ringkasnya, sistem ini dapat memudahkan pentadbiran semua pihak sama ada penyumbang individu, pentadbiran WAZAN dan pihak Bursar dalam semua aspek skim pemotongan gaji bulanan wakaf, zakat dan sumbangan derma.

 

B1566630639