APAKAH YANG BERTAMBAH DAN BERTUMBUH? | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » APAKAH YANG BERTAMBAH DAN BERTUMBUH?

APAKAH YANG BERTAMBAH DAN BERTUMBUH?

1 (2).png
 
Ada yang bertambah tapi bukan umur, Ada juga yang bertumbuh tetapi bukan perasaan. Ada satu kebaikan yang serupa dengan sesuatu yang bertambah dan bertumbuh, iaitu bersedekah.

Memberi sedekah akan membuat harta seorang muslim menjadi bertambah dan bertumbuh. Hal ini kerana dengan memberikan sesuatu yang kita sayang iaitu wang kepada orang lain yang memerlukan, ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.
 
MARI MENDERMA MELALUI TABUNG UPM PRIHATIN@WAZAN💖
Sumbangan anda akan membantu mahasiswa kurang berkemampuan untuk menerima bantuan sara diri sebanyak RM250 sebulan sepanjang semester pengajian.
 
Imbas kod QR poster di atas 👆atau 
Klik pautan https://wazan.upm.edu.my/ebarakah-3433 untuk membuat sumbangan secara bulanan atau
Klik pautan https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah/tabung_upm_prihatin-10623 untuk sumbangan sekali sahaja.
 
 
🌲KOMITMEN KAMI KEPADA PENDERMA YANG DIHORMATI
  • Kami akan sentiasa memaklumkan anda tentang semua projek yang dilaksanakan oleh Tabung UPM Prihatin@WAZAN dan berapa ramai penerima manfaat yang telah dibantu.
  • Kami akan menjadi pemudah cara pengeluaran resit derma anda supaya anda boleh menggunakannya untuk pengecualian cukai. Sila e-mel kembali kepada kami salinan transaksi derma ke abdulmuhaimin@upm.edu.my dan izzati.azrai@upm.edu.my
Kami juga telah melampirkan garis panduan langkah demi langkah skim potongan gaji bulanan, eBARAKAH untuk rujukan anda.
 
Semoga hari anda diberkati✨ 
 

--

"Wakaf dan Zakat, Membawa Berkat"
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
 
Facebook : WAZAN UPM l Website : www.wazan.upm.edu.my l Telefon : 03-9769 8993 / 6155

 

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbLAN~