UPM Cares | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» [ MYSADAQAH™ ] » UPM Cares

UPM Cares

 
 
JOM SUMBANG INFAK PROGRAM “JANGAN SKIP SAHUR!” SEMPENA BULAN RAMADAN 1444H
 
Kajian yang dijalankan terhadap 877 orang pelajar pada akhir tahun 2022 yang lalu mendapati bahawa 85% pelajar tidak mempunyai bajet yang cukup untuk makan 3 kali sehari, manakala 23% tidak mempunyai bajet yang cukup untuk makan 2 kali sehari.
 
Oleh itu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kolej-kolej Kediaman UPM akan menganjurkan program *”Jangan Skip Sahur!”* sepanjang bulan Ramadan 1444H bersamaan 2023M yang bakal menjelang.
 
Program yang dijadualkan bermula 23 Mac – 11 April 2023 ini adalah bertujuan untuk memberikan galakkan kepada para pelajar untuk bersahur pada bulan Ramadan dan juga sebagai infak bagi meringankan bebanan kewangan para pelajar di UPM.
 
Pihak WAZAN UPM mempelawa individu atau syarikat yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan tajaan sebanyak *RM3,000.00 bagi penganjuran program ”Jangan Skip Sahur” ini. Mereka yang menyumbang akan dijemput untuk bersama-sama untuk sesi penyerahan juadah bersahur kepada para pelajar.
 
ihak tuan boleh menghulurkan sumbangan dengan mengisi google form di bawah 👇🏻
https://forms.gle/HXwVpRnJfxUT5nwY9
 
Semoga dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak tuan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.
 
*Setiap sumbangan individu/syarikat layak mendapat pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
 

Updated:: 07/03/2023 [rizal_helmi]

MEDIA SHARING

BWGDIAZ:08:49