SUBURKAN MANFAAT DENGAN WAKAF PERTANIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia (UPM) kini menggerakkan satu inisiatif berimpak tinggi iaitu Wakaf Pertanian UPM yang berperanan sebagai platform pengembangan ilmu, penyelidikan serta pemerkasaan pertanian dan keterjaminan makanan negara yang lestari.
Melalui inisiatif Wakaf Pertanian ini, projek pertanian wakaf akan dibangunkan secara sistematik dan moden bagi menghasilkan pulangan berterusan yang bukan sahaja menyokong aktiviti akademik, malah memberi manfaat kepada kebajikan warga universiti dan masyarakat luar selaras dengan gagasan UPM iaitu PUTRA (Pertanian Untuk Rakyat) yang merupakan inisiatif strategik yang dilancarkan oleh UPM untuk memperkasa agenda keterjaminan makanan negara dan mendekatkan kepakaran pertanian universiti kepada masyarakat.
Sasaran kutipan dana tambahan adalah sebanyak RM100 Ribu!
Keistimewaan & Manfaat Pewakaf, selain memberikan impak berterusan kepada masyarakat, pewakaf juga mendapat manfaat:
- Potongan Cukai 10%: Pewakaf layak mendapat potongan cukai 10% daripada aggregat pendapatan di bawah Subseksyen 44(11D) ACP 1967.
- Jaminan Ketelusan & Kelestarian: Setiap agihan hasil akan direkodkan dalam Laporan Rasmi, memberikan impak manfaat yang berterusan.
Pewakaf boleh memulakan amal jariah melalui kod QR bagi tujuan membuat pembayaran wakaf dan diminta untuk berkongsi slip pembayaran sumbangan wakaf untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan potongan cukai pendapatan LHDN ke nombor Whatsapp: 03-97691816.
“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”
Saya yang menjalankan amanah,
IZARIAHWATI BINTI MOHD ISA
Menjalankan Tugas Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
Tarikh Input: 17/08/2026 | Kemaskini: 17/08/2026 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA