WAZAN UPM menerima kunjungan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman dan En. Noor Muhamad Shakil Hameed, Timbalan Pengarah PSPK di Pejabat WAZAN UPM hari ini.
Pertemuan yang dilangsungkan ini adalah bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan Endowmen di WAZAN serta UPM.
Turut serta dalam pertemuan ini adalah Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Daud Awang, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, En. Haris Dahlan, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran, En. Mohd Rizal Helmi A Razak dan Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu UPM, En. Mohd Azrol Hafizi Azman.
Tarikh Input: 04/03/2022 |
Kemaskini: 04/03/2022 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA