TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI DI WAZAN UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
» BERITA » TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI DI WAZAN UPM

TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI DI WAZAN UPM

Oleh: Seksyen Dakwah dan Pemasaran
Gambar: WAZAN UPM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan penuh sukacitanya mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada Cik Nor Azian Razali atas sumbangan dan dedikasinya yang tinggi selama berkhidmat di WAZAN UPM. Pihak WAZAN menghargai segala usaha yang telah dilakukan untuk memajukan organisasi ini.
 
Cik Nor Azian Razali merupakan Pegawai Eksekutif 5 yang berkhidmat di bawah Unit ICT dan Multimedia. Beliau telah banyak membantu unit beliau untuk menyediakan design, poster, video tiktok, kandungan media sosial dan bertindak sebagai jurukamera bagi program-program yang dianjurkan oleh pelajar dan staf UPM menggunakan dana zakat.
 
Cik Nor Azian Razali juga banyak memberikan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di WAZAN UPM kepada staf-staf baharu yang masuk sebagai staf di WAZAN UPM. Pihak WAZAN UPM amat terhutang budi kepada beliau.
 
Pihak WAZAN UPM mendoakan agar perjalanan baru yang dihadapi oleh Cik Nor Azian Razali penuh kejayaan dan kebahagiaan. Selamat berjaya di tempat baharu dan dipermudahkan oleh Allah SWT, kehendaknya.
 
Terima kasih

Tarikh Input: 19/04/2024 | Kemaskini: 03/09/2024 | nuriqra

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (12:14:45pm-12:19:45pm, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]