UPM MEMPEGERUSIKAN MESYUARAT MAWEZ DI UPM SARAWAK | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» BERITA » UPM MEMPEGERUSIKAN MESYUARAT MAWEZ DI UPM SARAWAK

UPM MEMPEGERUSIKAN MESYUARAT MAWEZ DI UPM SARAWAK

𝗨𝗣𝗠 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗪𝗘𝗭 𝗗𝗜 𝗨𝗣𝗠 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞
 
 
BINTULU - Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ) Kali Kedua (Bil. 1/2026) yang dipengerusikan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia selaku pengerusi MAWEZ sesi 2024-2027.
 
Mesyuarat Bil. 1 pada tahun 2026 ini dihadiri oleh Pengarah, Ketua serta wakil-wakil yang mengurus dana wakaf, zakat, endowmen dan infak melalui 20 Universiti Awam (UA) di Malaysia.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkasa berkaitan kepentingan sumber ketiga di UA dan peranan universiti dalam merancakkan dana untuk membantu universiti melestarikan kewangan di institusi pendidikan berkaitan.
 
May be an image of dais and text
 
Pemilihan tempat mesyuarat MAWEZ di UPMS ini secara langsung dapat memperkenalkan keunikan UPMS di rantau Borneo kepada semua perwakilan UA yang hadir.
 
MAWEZ di setiap UA ini berperanan sebagai platform bagi tujuan pengumpulan dana wakaf, endowmen dan zakat dan penubuhan majlis ini adalah selari dengan Amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi Tahun 2023 untuk memastikan universiti berfungsi sebaiknya melalui dana, waqaf, endowmen, infak dan apa jua sumbangan, material dan bukan material.

Tarikh Input: 30/07/2026 | Kemaskini: 20/08/2026 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
W, (07:07:54am-07:12:54am, 21 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]