Oleh: Seksyen Dakwah dan Pemasaran
Gambar: WAZAN UPM
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan penuh sukacitanya mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Muhammad Faiz Shafariz Ahmad Rosdi atas sumbangan dan dedikasinya yang tinggi selama berkhidmat di WAZAN UPM. Pihak WAZAN menghargai segala usaha yang telah dilakukan untuk memajukan organisasi ini.
En. Muhammad Faiz Shafariz merupakan Pegawai Eksekutif 4 yang berkhidmat di bawah Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf. Beliau telah banyak membantu seksyen untuk menyediakan surat kelulusan bantuan zakat kepada individu dan program-program yang dianjurkan oleh pelajar dan staf UPM menggunakan dana zakat.
En. Muhammad Faiz Shafariz juga banyak memberikan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di WAZAN UPM kepada staf-staf baharu yang masuk sebagai staf seksyen zakat. Pihak WAZAN UPM amat terhutang budi kepada beliau.
Pihak WAZAN UPM mendoakan agar perjalanan baru yang dihadapi oleh En. Muhammad Faiz Shafariz penuh kejayaan dan kebahagiaan. Selamat berjaya di tempat baharu dan dipermudahkan oleh Allah SWT, kehendaknya.
Sekian.
Tarikh Input: 19/04/2024 |
Kemaskini: 03/09/2024 | nuriqra
PERKONGSIAN MEDIA