TERIMA KASIH ATAS JASA DAN BAKTI KEPADA MANTAN KETUA PENOLONG PENDAFTAR WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » TERIMA KASIH ATAS JASA DAN BAKTI KEPADA MANTAN KETUA PENOLONG PENDAFTAR WAZAN

TERIMA KASIH ATAS JASA DAN BAKTI KEPADA MANTAN KETUA PENOLONG PENDAFTAR WAZAN

 
UPM Serdang, 3 Jan - Mantan Ketua Penolong Pendaftar WAZAN UPM, Tuan Haji Haris Dahlan merupakan hari terakhir beliau di WAZAN UPM isnin lalu. Beliau yang telah berkhidmat di WAZAN UPM sejak Ogos 2021 yang lalu telah ditempatkan di Institut Biosains (IBS), UPM bermula 2 Jan 2024.
 
Tuan Haji Haris telah memegang tiga potfolio sepanjang tempoh perkhidmatan di WAZAN UPM iaitu selaku Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, Ketua Seksyen Dana Wakaf Ilmu dan Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.
 
Seluruh warga WAZAN UPM mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu kepada Tuan Haji Haris dan ucapan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di WAZAN UPM.

Tarikh Input: 05/01/2024 | Kemaskini: 05/01/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdDA6~