SESI PENYAMPAIAN KECEMERLANGAN STAF TINGKATKAN MOTIVASI STAF WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » SESI PENYAMPAIAN KECEMERLANGAN STAF TINGKATKAN MOTIVASI STAF WAZAN

SESI PENYAMPAIAN KECEMERLANGAN STAF TINGKATKAN MOTIVASI STAF WAZAN

SESI PENYAMPAIAN KECEMERLANGAN STAF TINGKATKAN MOTIVASI STAF WAZAN
 
UPM SERDANG - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM mengadakan satu sesi penyampaian kepada para staf yang cemerlang pada setiap bulan. Penyampaian sijil kecemerlangan ini diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan WAZAN dengan tujuan memberikan motivasi kepada para staf untuk mempertingkat daya usaha dan kecemerlangan dalam kerjaya di WAZAN UPM.
 
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "WAZAN adakan satu anugerah staf cemerlang pada setiap bulan kerana ingin memberikan semangat dan motivasi kepada semua staf untuk terus mempertingkatkan kecemerlangan di WAZAN", katanya ketika menyampaikan sijil penghargaan kecemerlangan kepada Cik Maznur Nazila Moin dan En. Ahmad Syazwan Basri dalam satu majlis rinkas anjuran Kelab Kebajikan Staf WAZAN.
 

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 01/03/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdJAK~