SERAMAI 30 PELAJAR TERMASUK PELAJAR ORANG KELAINAN UPAYA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA DARIPADA DYMM TUANKU CANSELOR UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » SERAMAI 30 PELAJAR TERMASUK PELAJAR ORANG KELAINAN UPAYA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA DARIPADA DYMM TUANKU CANSELOR UPM

SERAMAI 30 PELAJAR TERMASUK PELAJAR ORANG KELAINAN UPAYA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA DARIPADA DYMM TUANKU CANSELOR UPM

UPM SERDANG, 16 Mac - Seramai 30 orang pelajar asnaf Universiti Putra Malaysia (UPM) termasuk Pelajar dalam kalangan orang kurang upaya menerima sumbangan hari raya yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih bersama Tuanku Canselor di sini semalam.
 
 
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan sumbangan hari raya yang kepada 30 orang pelajar dalam pelbagai kategori asnaf dalam kategori asnaf fakir, miskin, muallaf dan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar kategori ibnu sabil. 
 
Sumbangan diberikan kepada pelajar menggunakan dana zakat ini adalah bertujuan sebagai persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024 yang bakal menjelang.
 
Pada majlis yang sama baginda turut berkenan menerima sumbangan Wakaf Ilmu UPM berjumlah RM 1,979,972.82 yang terdiri daripada orang perseorangan, rakan korporat UPM dan juga staf serta pelajar universiti.
 
Wakaf Ilmu UPM diwujudkan sejak tahun 2012 bagi memenuhi keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik, bantuan kewangan, penyelidikan, pembangunan fasiliti serta penjanaan bagi warga UPM.
 
 
Sultan Sharafuddin kemudiannya berkenaan menerima Dana Zakat RM8,169,673.67 yang dipersembahkan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Projek Dana Wakaf Ilmu UPM, RM1,250,000.00 yang dipersembahkan oleh Pendaftar, Muhazam Mansor.
 
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM158,177.00 daripada UPM Holdings Sdn. Bhd. (RM100,000.00), Koperasi UPM Berhad (RM28,177.00) TMJ Mesra Travel & Tours Sdn. Bhd. (RM30,000.00).
 
 
Dalam pada itu, Tabung Haji turut memberi Sumbangan Dana Wakaf Ambulan berjumlah RM400,000.00 kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM dan Sumbangan Korporat Pharmaniaga Berhad berjumlah RM35,000.00 - UPM

Tarikh Input: 18/03/2024 | Kemaskini: 18/03/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFWAAQ~