PIU, GENG NGAJI GLOBALl DAN WAZAN ANJUR BENGKEL ULANGKAJI SOLAT KELUARGA UPM
Oleh: Pusat Islam Universiti
MASJID UPM,10 September - Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Geng Ngaji Global dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah menganjurkan Bengkel Ulangkaji Solat Keluarga UPM bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia.
Bengkel ini melibatkan seramai 250 orang warga UPM dan Qaryah UPM bersama ahli keluarga. Pengisian bengkel disampaikan oleh Prof Madya Dr Hasnan Kasan, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Citra UKM.
Peserta yang terlibat di ajar mengenai tatacara untuk mengerjakan solat dengan betul samada solat secara berjemaah atau berseorangan.
Cenderamata disampaikan oleh Ustaz Zuhaimi bin Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam Universiti,UPM di akhir program.
Turut hadir dalam bengkel ini ialah Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, wakil-wakil Geng Ngaji Global dan staf-staf PIU UPM.
Tarikh Input: 12/09/2022 |
Kemaskini: 14/10/2022 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA