PENILAIAN KENDIRI AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » PENILAIAN KENDIRI AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

PENILAIAN KENDIRI AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
 
UPM SERDANG, 12 Sept - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan penilaian kendiri amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat UPM yang berlangsung hari ini.
 
 
Penilaian ini telah dijalankan oleh dua orang penilai iaitu Puan Shamriza Shari dari Bahagian Audit Dalam (CQA) UPM dan Puan Siti Noor Fariza dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).
 
Majlis pembukaan penilaian kediri amalan EKSA ini disampaikan oleh En. Mohd Rizal Helmi A Razak, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran yang mewakili Pengarah WAZAN UPM dan disusuli dengan penilaian dokumen, sudut serta ruang-ruang yang dinilai berpandukan kriteria yang telah ditetapkan.
 
 
Pihak WAZAN UPM komited dalam menyediakan keperluan EKSA ini untuk memastikan setiap kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dapat dipenuhi.
 
Menurut Mohd Rizal, pihak WAZAN memulakan amalan EKSA selepas tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir pada awal tahun 2022 yang mana WAZAN beroperasi di pejabat baharu dalam tempoh PKP tersebut.
 
 
"Kami baru berpindah ke pejabat baharu (bersebelahan Masjid UPM) pada 1 Oktober 2020 dan waktu itu perlaksanaan PKP, dan amalan EKSA ini tidak dapat diamalkan dengan sempurna", katanya ketika majlis pembukaan EKSA pagi tadi.
 
"Tahun ini (selepas PKP berakhir), WAZAN dapat memulakan tindakan untuk memastikan amalan EKSA dapat dipenuhi berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan", katanya.
 
 
Gambar-gambar Penilaian Kendiri Amalan EKSA WAZAN UPM di sini
 

Tarikh Input: 12/09/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdPA2~