PENGARAH WAZAN UPM MENGHADIRI MESYUARAT SEKRETARIAT ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » PENGARAH WAZAN UPM MENGHADIRI MESYUARAT SEKRETARIAT ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR

PENGARAH WAZAN UPM MENGHADIRI MESYUARAT SEKRETARIAT ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR

PENGARAH WAZAN UPM MENGHADIRI MESYUARAT SEKRETARIAT ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR
 
KUALA LUMPUR, 14 Jun - Mesyuarat Sekretariat Zakat IPT Negeri Selangor Bil 1/2022 telah diadakan di Kolej Universiti Saito pada 14 Jun 2022 di sini hari ini. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut berkenaan laporan-laporan berkaitan kutipan dan agihan zakat, program-program penganjuran bagi tahun 2022 dan kempen-kempen zakat yang akan dilaksanakan kelak.
 
 
Pengarah WAZAN UPM antara yang hadir ke mesyuarat yang pertama kali diadakan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada bulan Oktober 2020.
Antara yang turut hadir dalam mesyuarat ini ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Multimedia Universiti (MMU), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Kolej Universiti Saito, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), UNITEN dan lain-lain penolong amil IPT Negeri Selangor.
 
 
Pegawai yang hadir mengiringi Pengarah WAZAN UPM ialah Ustaz Haris Dahlan, Ketua Seksyen, Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf dan En. Mohd Farouq Umair Zamri.
 
Kali terakhir mesyuarat sekretariat diadakan di UPM pada tahun 2020 sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula bulan Jun -  Oktober 2020 yang lalu.

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 14/07/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdEAR~