Pengarah WAZAN Beri Ucapan “Harapan Dan Masa Depan Wakaf Institusi Pendidikan Di Malaysia” - Di Simposium Wakaf Negeri Pulau Pinang | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pengarah WAZAN Beri Ucapan “Harapan Dan Masa Depan Wakaf Institusi Pendidikan Di Malaysia” - Di Simposium Wakaf Negeri Pulau Pinang

Pengarah WAZAN Beri Ucapan “Harapan Dan Masa Depan Wakaf Institusi Pendidikan Di Malaysia” - Di Simposium Wakaf Negeri Pulau Pinang

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

Pulau Pinang, 29 September – Pengarah WAZAN, YBhg. Dr. Haji Razali bin Othman telah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian tentang ‘Wakaf Pendidikan: Harapan dan Masa Depan’ di Simposium Wakaf Negeri Pulau Pinang.

 

 

Sebelum itu, Dr, Hai Razali telah diperkenalkan dengan pimpinan Negeri Pulau Pinang, termasuk YB Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato’ Dr. Ir Haji Ahmad Zakiyuddin serta Ahli-ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bertanggungjawab mengangkat wakaf Pulau Pinang ke arus perdana.

Dalam sesi perkongsian ini, Dr. Razali menceritakan bahawa Wakaf Pendidikan di Malaysia bermula di sekolah2 pondok, madrasah dan tahfiz.

Namun, sehingga hari ini tiada kajian yang sifatnya emperikal dan menyeluruh tentang isu wakaf pendidikan ini. Masyarakat hanya sekadar tahu dan mendengar nama-nama seperti Madrasah al-Attas, Madrasah al-Masriyah, Madrasah al-Mansor dan sebagainya daripada orang-orang sebelumnya.

“Namun, tahun 2015 menjadi kemuncak kepada perkembangan wakaf pendidikan bila mana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjadikan wakaf sebagai wahana penjanaan kepada 20 Universiti Awam (UA)”, katanya.

 

 

Menurut beliau lagi, “Terma ‘Wakaf@UA’ menjadi cukup sinonim dengan usaha KPT ini. Paling tidak ada tujuh usaha yang dilakukan oleh KPT ke arah memperkasakan wakaf. Bermula dengan penubuhan team purple book, diikuti Diskusi Meja Bulat, Perbincangan dengan pakar wakaf, Benchmark Luar Negara, Gallery Walk, Penyantunan MAIN dan UA, dan diakhiri dengan program Jerayawara Pasukan Buku Ungu”.

Apa pun, “saya cukup bersyukur kerana perkembangan Wakaf Pendidikan di Malaysia turut melibatkan peranan serta sumbangan WAZAN. Antaranya, WAZAN terlibat sebagai ahli team Purple Book, penulis buku ‘Enhancing University Income Generation, Endowment and Waqf’, pakar rujuk, moderator Diskusi Meja Bulat, pembimbing Gallery Walk serta diberi amanah menjadi Ketua Team Jerayawara Buku Ungu. Semoga usaha kecil WAZAN ini akan turut menyokong usaha-usaha pihak lain dalam meletakkan semula wakaf sebagai sumber penjanaan ummah! In Shaa Allah. – WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1601492162