MAIWP SUMBANG RM200 RIBU BANTU PELAJAR WILAYAH PERSEKUTUAN DI UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » MAIWP SUMBANG RM200 RIBU BANTU PELAJAR WILAYAH PERSEKUTUAN DI UPM

MAIWP SUMBANG RM200 RIBU BANTU PELAJAR WILAYAH PERSEKUTUAN DI UPM

KUALA LUMPUR, 22 SEPT - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang ke tabung amanah zakat korporat bagi tujuan menjayakan program bantuan makanan kepada pelajar-pelajar asnaf di UPM.
 
Dana yang bernilai RM200 ribu yang disumbangkan ini adalah bertujuan membantu para pelajar UPM yang berasal dari Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, WP Labuan yang memerlukan. Sumbangan MAIWP ini diserahkan kepada Pengarah WAZAN di pejabat MAIWP di sini minggu lalu.
 
 
Menurut Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "sumbangan ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar wilayah yang dalam kalangan asnaf di UPM makan, pihak WAZAN sering menerima aduan dari pelajar yang memerluan bantuan makanan sewaktu melanjutkan pengajian di kampus", katanya ketika ditanya dalam satu temubual di pejabat WAZAN.
 
"Pelajar-pelajar yang akan memasuki kampus pada semester terbaharu ini amat memerlukan bantuan memandangkan pelajar sudah dibenarkan untuk pulang ke kampus sepenuhnya bermula semester ini", menurutnya lagi.
 
Pihak WAZAN akan bersama-sama dengan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) akan bekerjasama dalam membantu para pelajar menerusi penggunaan Putra Voucher yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
 
"Pihak WAZAN akan melihat penggunaan Putra Voucher yang dibangunkan oleh pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDeC) dengan kerjasama BHEP ini untuk memberikan bantuan dalam bentuk baucar kepada para pelajar", katanya.
 
 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdLAX~