LIMA PELAJAR PASCA SISWAZAH UPM TERIMA BANTUAN YURAN SISWAZAH CEMERLANG (BYSC) | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » LIMA PELAJAR PASCA SISWAZAH UPM TERIMA BANTUAN YURAN SISWAZAH CEMERLANG (BYSC)

LIMA PELAJAR PASCA SISWAZAH UPM TERIMA BANTUAN YURAN SISWAZAH CEMERLANG (BYSC)

LIMA PELAJAR PASCA SISWAZAH UPM TERIMA BANTUAN YURAN SISWAZAH CEMERLANG (BYSC)
 
 
UPM Serdang, 26 Okt – Lima (5) pelajar pasca siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Bantuan Yuran Siswazah Cemerlang (BYSC) dalam satu sesi simbolik penyerahan sumbangan di peringkat dalaman kepada lima orang pelajar di SPS hari ini.
 
 
Bantuan ini merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana. Sebanyak RM78,930.00 telah diperuntukkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) kepada SPS pada tahun 2022 menggunakan Dana Agihan Manfaat Wakaf Ilmu.
 
Lima (5) pelajar pasca siswazah UPM yang menerima bantuan yuran ini merupakan pelajar tahun pertama yang mana masing-masing daripada Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dan dua orang dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
 
 
Sesi penyerahan ini disampaikan oleh En. Wan Mohd Radzi Wan Ismail yang mewakili Pengarah WAZAN sambil diperhatikan oleh YBhg Prof. Dr Zalilah Mohd Shariff, Dekan SPS UPM.

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdJAU~