LAWATAN PENANDA ARAS WAZAN KE YAYASAN CANSELOR UKM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS WAZAN KE YAYASAN CANSELOR UKM

LAWATAN PENANDA ARAS WAZAN KE YAYASAN CANSELOR UKM

LAWATAN PENANDA ARAS WAZAN KE YAYASAN CANSELOR UKM
 
UKM BANGI, 9 Jun - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan lawatan penanda aras ke Yayasan Canselor, UKM di sini hari ini.
 
 
Lawatan Penanda Aras WAZAN ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan berkenaan tadbir urus yayasan, pengurusan tabung-tabung amanah dan pengurusan kutipan dan sumbangan di YC UKM.
 
Pengarah YC UKM, Prof. Ts. Dr. Faisal Mohamed mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada WAZAN UPM diketuai oleh En. Abdul Muhaimin Zakaria, Ketua Seksyen Pengurusan Endowmen, WAZAN UPM bersama-sama En. Mohd Rizal Helmi A Razak (Pegawai Perhubungan dan Komunikasi), En. Muhammad Faiz Shafie (Peg. Eksekutif 4), Cik Nurul Izzati 'Azrai, Pegawai Eksekutif 4, Cik Noor Razan Enche Jeperi, Peg. Eksekutif 4 dan dua wakil daripada bursar UPM.
 
 
Turut hadir dalam lawatan penanda aras ini ialah Pengurus Wakaf, pegawai-pegawai YC UKM daripada Bahagian Kursi dan Endowmen, Bahagian Dana Wakaf Ilmu dan Bahagian Tajaan, Sumbangan, Biasiswa dan Hadiah.

Tarikh Input: 09/06/2023 | Kemaskini: 19/09/2023 | nuradnin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdDAa~