Oleh Ayu
WAZAN UPM, 19 OKTOBER - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan daripada Jabatan Perdagangan Politeknik Shah Alam. Lawatan Ilmiah ke WAZAN ini merupakan kerjasama Bahagian Kaunseling UPM yang turut disertai oleh wakil daripada Universiti Airlangga Indonesia dan DRB-Hicom Universiti. Lawatan ini telah diadakan pada 19 Oktober 2018 pada jam 9.00 pagi. Lawatan ini diadakan di Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia.
Seterusnya, rombongan lawatan tersebut turut melawat WAZAN UPM dan mengenali lebih lanjut mengenai WAZAN. Tujuan lawatan ini dijalankan bertujuan mendapatkan panduan dan ilmu tentang pengurusan wakaf yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia. Selain itu, tetamu daripada Universiti Airlangga beserta Jabatan Perdangan Politeknik Shah Alam dan DRB-Hicom Universiti juga diperkenalkan dengan buku berkaitan wakaf daripada pengarah WAZAN UPM, iaitu Dr. Hj. Razali Othman.
Oleh yang demikian, lawatan ini dilihat dapat memberikan manfaat dalam jalinan persaudaraan antara dua negara dan penyebaran ilmu tentang wakaf. - WAZAN Online
Tarikh Input: 22/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.