Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah menerima sumbangan daripada pihak Makmal Pengembangan Kanak-kanak, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia ke Tabung Untukmu Palestin semalam.
Semangat mencintai sifat kemanusiaan yang ada di dalam diri kanak-kanak ini telah mendorong mereka untuk menghulurkan sumbangan untuk rakyat palestin terutamanya kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan yang terjadi.
Sumbangan yang dihulurkan oleh anak-anak ini bersempena program Solidariti Rakyat Palestin yang dianjurkan oleh pihak Makmal Pengembangan Kanak-kanak yang bertujuan untuk menyatakan rasa simpati dan keprihatinan rakyat mereka kepada mangsa di Palestin.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Cikgu Salmina yang mewakili ahli pengurusan Makmal Pengembangan Kanak-kanak kepada Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang dalam satu sesi ringkas di Pejabat WAZAN UPM.
Terdahulu, Tabung Sumbangan Untukmu Palestin telah ditutup pada 31 Oktober 2023 kini telah dilanjutkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memberikan peluang warga UPM untuk menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. - WAZAN UPM
Tarikh Input: 08/11/2023 |
Kemaskini: 26/01/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA