JANGAN SKIP SAHUR @WAZAN GALAK PELAJAR BERSAHUR UNTUK BERPUASA | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » JANGAN SKIP SAHUR @WAZAN GALAK PELAJAR BERSAHUR UNTUK BERPUASA

JANGAN SKIP SAHUR @WAZAN GALAK PELAJAR BERSAHUR UNTUK BERPUASA

UPM SERDANG, 29 Mac- Seperti tahun lepas, buat kali keduanya Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan program Jangan Skip Sahur @WAZAN yang bertujuan untuk memberikan juadah bersahur kepada pelajar-pelajar UPM dalam bulan Ramadan 1445H.

Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada tarikh 29 Mac, 1 & 2 April 2024 dan melibatkan 9 buah kolej kediaman dengan tujuan untuk memberikan juadah bersahur kepada para pelajar yang berada di kolej sebagai galakkan kepada para pelajar untuk mengambil sahur sebelum berpuasa pada siang harinya.

 

Jumlah sebanyak 3,000 pek makanan dan satu kolej telah menerima sebanyak 333 buah pek makanan untuk diedarkan. Edaran ini berlangsung sekitar jam 10:00 malam selepas ibadah terawih dan pihak WAZAN yang terlibat juga telah dibantu oleh majlis Perwakilan Kolej. - WAZAN UPM 

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | nuriqra

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEeHAw~