Bulan Wakaf Dan Zakat UPM 2019 Capai Objektif | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Bulan Wakaf dan Zakat UPM 2019 capai objektif

Bulan Wakaf dan Zakat UPM 2019 capai objektif

 

UPM SERDANG, 29 Jan – Bulan Wakaf dan Zakat Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen WAZAN sepanjang bulan Disember 2019 yang lalu telah mencapai objektifnya. 

Pelbagai program dianjurkan pada bulan tersebut sebagai usaha untuk mempergiat aktiviti berkaitan zakat di UPM, disamping aktiviti kutipan yang dijalankan di kaunter WAZAN.

Menurut Pengarah WAZAN, Dr. Razali bin Othman, sebanyak 14 program yang dianjurkan oleh WAZAN sepanjang Bulan Wakaf dan Zakat UPM yang menyaksikan penglibatan yang menggalakkan dari keluarga dan pelajar asnaf dalam kalangan warga UPM.

“Selain daripada penglibatan asnaf di UPM, komuniti Taman Sri Serdang juga terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh WAZAN menerusi Program Sunathon @WAZAN”, tambah beliau.

Sepanjang bulan tersebut, program-program yang dianjurkan oleh WAZAN adalah seperti Program Jom Dhuha bersama anak istimewa & Forum Tarbiyatul Aulad (program usahasama Universiti Sains Islam Malaysia, USIM), Kem Mukmin Superkids@WAZAN-Primary School, Program Freemeals @WAZAN, Program Free Market kembali ke sekolah, Program Freefuel @WAZAN, Program Kecemerlangan Asnaf Kelas Pertama “Basic English & Communication Skill” @WAZAN.

Turut dianjurkan adalah program seperti Sesi Perkongsian “Dulu seorang pengutip sampah, kini bergelar jutawan” oleh Tuan Azlan @WAZAN, Kembara WAZAN @Mardi, Bengkel Smart Thesis @WAZAN, Program penyerahan bantuan persekolahan anak-anak staf UPM 2020, Khutbah & Tazkirah Jumaat, Program Kecemerlangan Asnaf Kelas Pertama Neuro-Linguistic (NLP) - Siri 1 dan Lawatan Ilmiah WAZAN ke RTM.

Terdahulu, Majlis Pelancaran Bulan Wakaf & Zakat UPM telah dianjurkan pada 30 November 2019 dengan usahasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Fakulti Ekologi Manusia dan Kelab Bermotor SRC.

Dalam Bulan Wakaf & Zakat pada tahun 2019 ini juga, kaunter WAZAN telah dibuka setiap hari sepanjang bulan Disember untuk memberikan ruang dan peluang bagi warga UPM dan masyarakat luar menunaikan zakat.

“Sebanyak RM4,062,498.79 pula telah diagihkan kepada 6,862 penerima zakat, khususnya para pelajar dalam kalangan asnaf fakir, miskin, fisabilillah, ibnu sabil dan muallaf. WAZAN juga telah membiayai 84 program yang melibatkan staf dan pelajar di Fakulti dan Kolej Kediaman. Jumlah pembayar zakat pula adalah seramai 3,915 orang bagi tempoh antara bulan Januari hingga Disember 2019”, ucap beliau menerusi edaran emel ucapan terima kasih kepada semua pembayar zakat di WAZAN pada tahun 2019.ss

 

Tarikh Input: 28/01/2020 | Kemaskini: 30/01/2020 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaHAA~