Tabung UPM Prihatin@WAZAN: Bukti Masyarakat Prihatin | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » Tabung UPM Prihatin@WAZAN: Bukti Masyarakat Prihatin

Tabung UPM Prihatin@WAZAN: Bukti Masyarakat Prihatin

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
 
Warga UPM yang dikasihi Allah SWT,
 
Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan Terima Kasih atas sumbangan ikhlas tuan/puan ke Tabung UPMPRIHATIN@WAZAN. Semoga sumbangan tuan/puan akan diberikan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.
 
Suka juga saya maklumkan bahawa pihak WAZAN dengan kerjasama serta sokongan Pejabat Pendaftar telah menyediakan pelbagai bantuan kepada staf UPM yang terkesan akibat penularan Pandemik COVID19.  Antara bantuannya, termasuklah,
 
  1. StafUPM yang disahkan positif COVID19;
  2. Staf dalam kalangan Ibu Tunggal yang berpendapatan RM3000.00 sebulan;
  3. Bantuan Bakul Makanan (Bantuan 5+2+2+1 - 5 kilo beras, 2 kilo tepung, 2 kilo gula dan 1 pot susu);
  4. Penyediaan keperluan peralatan, termasuk pelitup muka dan "sanitizer" kepada pekerja di Barisan HadapanUPM; dan
  5. Bantuan Kecemasan. 
Pejabat Pendaftar juga sedang mengenal pasti staf UPM yang pasangannya (suami atau isteri) yang terjejas atau kehilangan sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja atau sebagainya.
 
Dalam waktu yang sama, WAZAN dengan kerjasama serta sokongan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut menyediakan bantuan kepada para pelajar yang terkesan akibat penularan COVID19 ini.  Antara bantuan yang disediakan, termasuk,
  1. Bantuan penyediaan makanan,
  2. Bantuan sara diri dan yuran pengajian,
  3. Bantuan Laptop dan Pakej Data Percuma,
  4. Bantuan penyediaan peralatan, seperti pelitup muka dan "sanitizer " dan
  5. Bantuan Kecemasan.
 
In Shaa Allah, WAZAN dengan sokongan semua PTj, khususnya Pejabat Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat dan Persatuan ALUMNI, KEPERTAMA, PPAUPM, PPUPM, Pusat Islam dan Sahabat Masjid akan menggerakkan kerja yang lebih teratur dan strategik untuk terus menyantuni warga UPM yang terkesan sepanjang tempoh yang sukar ini. Ini juga untuk menyahut seruan PUTRA CAKNA yang telah dilancarkan oleh YBhg Naib Canselor baru-baru ini.
 
Untuk itu, kami di WAZAN dengan rasa rendah hati dan sangat berterima kasih mengajak seluruh warga UPM untuk sama membantu  mengurangkan bebanan warga kita yang sedang diuji dengan kesusahan hidup sepanjang tempoh COVID19  ini. Tuan/Puan bolehlah menyumbang terus ke Tabung berkenaan menerusi pautan di bawah,
 
 
Kami di WAZAN mendoakan agar sumbangan ikhlas tuan/puan, terutamanya pada hari jumaat ini akan mendapat keredhaan Allah SWT, seperti mana dijelaskan dalam hadith di bawah,
 
"Sesungguhnya sedekah pada hari jumaat ini memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya. " (Ibnul Qayyim, Zaul Maad)
 
In Shaa Allah.
 
 
#wazanihati
 
_______________________
 
RAZALI BIN OTHMAN
 
Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
43400 UPM SERDANG
Selangor

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbLAg~