PEMBANGUNAN WAQAF PENDIDIKAN DI IPT MALAYSIA: SATU ALTERNATIF UNTUK MENGURANGKAN KOS PENGAJIAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » PEMBANGUNAN WAQAF PENDIDIKAN DI IPT MALAYSIA: SATU ALTERNATIF UNTUK MENGURANGKAN KOS PENGAJIAN

PEMBANGUNAN WAQAF PENDIDIKAN DI IPT MALAYSIA: SATU ALTERNATIF UNTUK MENGURANGKAN KOS PENGAJIAN

PEMBANGUNAN WAQAF PENDIDIKAN DI IPT MALAYSIA: SATU
ALTERNATIF UNTUK MENGURANGKAN KOS PENGAJIAN

Peningkatan taraf hidup masyarakat turut memberikan impak ke atas kos melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, baik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
maupun swasta (IPTS). Bagaikan satu fenomena, bebanan kos pengajian ini terpaksa ditanggung oleh para pelajar melalui pinjaman pendidikan yang diperoleh dari badan-badan
kerajaan pusat ataupun negeri, bank dan juga badan-badan korporat. Hal ini bukanlah suatu yang baik kerana para pelajar tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang untuk
mendapatkan pendidikan. Apatah lagi, menurut Islam tanggungjawab ini perlu dipikul oleh ibubapa. Sudah tiba masanya masyarakat Islam mengkaji semula peranan yang boleh
dimainkan oleh institusi waqaf justeru sejarah telah mencatatkan bahawa institusi wakaf telah banyak memainkan peranan yang sangat signifikan sebagai salah satu mekanisme yang berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup umat Islam dalam pelbagai bidang kehidupan termasuklah pendidikan. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada peranan institusi wakaf dalam mengurangkan beban kewangan pelajar sepanjang pengajian mereka di institusi
 pengajian tinggi di Malaysia. Dengan membangunkan sistem wakaf pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, sebahagian kos pengajian ini boleh dialihkan daripada bebanan para pelajar tanpa menjejaskan kewangan IPT berkenaan.

PENDAHULUAN

Walaupun Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang ummiy tetapi baginda sangat memberikan perhatian kepada aspek pendidikan. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan pada waktu itu lebih bersifat tidak formal kerana kebanyakannya berpusat di rumah, masjid dan suffah, namun ia telah berjaya memainkan peranannya dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam ke seluruh alam. Tamadun dan peradaban Islam banyak mencatatkan
tentang hubungkait institusi waqaf dengan pendidikan ummah. Ia bermula dengan Baginda Rasulullah s.a.w. membeli sebidang tanah bagi pembinaan masjid daripada dua saudara yatim iaitu Sahl dan Suhail dengan harga 100 dirham. Baginda mempunyai perancangan untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembinaan masyarakat dalam semua aspek sama ada rohani, jasmani dan aqli. Masjid adalah tempat ibadat yang turut dijadikan sebagai sebuah
 institusi pendidikan. Institusi pendidikan yang terawal diwakafkan oleh Rasulullah s.a.w.ialah Masjid Quba’, kemudian diikuti dengan Masjid Nabawi di Madinah.

Keprihatinan baginda terhadap pendidikan telah diteladani oleh para sahabat, tabi’in dan para ulama berabad lamanya. Pelbagai institusi pendidikan telah ditubuhkan seperti kuttab dan madrasah. Pendidikan yang lebih sistematik dilaksanakan di zaman Khilafah Abbasiyah melalui penubuhan Madrasah al-Nizamiyyah al-Nuriyah dan al-Nasiriyah (Abdullah Ishak,1989). Pada zaman empayar Abbasiyyah (754-1258M), Ayyubiyah (1171-1249), Mamalik (1249-1517M) dan Uthmaniyah (1258-1924M), wakaf berkembang pesat dan berjayamembangunkan banyak sekolah, perpustakaan dan universiti. Universiti al-Azhar di Kaherah merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi yang dibiayai melalui sIstem wakaf. Sejarah amalan waqaf dalam pendidikan di Malaysia boleh dianggap sebagai satu tradisi positif yang berkembang dari generasi ke generasi. Amalan waqaf pendidikan terdapat dalam pelbagai bentuk dan sifat harta yang telah diwaqafkan oleh pewaqaf. Antaranya ialah waqaf asrama pelajar, waqaf biasiswa, waqaf saraan, waqaf bangunan dan waqaf peralatan pembelajaran seperti buku, meja, alatulis dan sebagainya.Harta waqaf mempunyai potensi yang besar untuk membangunkan ekonomi umat Islam dan juga membiayai kegiatan sosial masyarakat Islam. Ia mampu menyediakan peluang-peluang pendidikan, memperbanyakkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan kepada dana kerajaan.Walau bagaimanapun, potensi tersebut hanya dapat dicapai apabila harta waqaf ditadbir dan diurus secara professional dan amanah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan semasa dan berkesan yang berpaksikan hukum syarak. Potensi ini masih belum dijana sepenuhnya dalam membiayai pendidikan di IPTA/IPTS yang berkemungkinan berpunca daripada kekurangandana, kekangan undang-undang, isu-isu berkaitan hukum fiqh dan kekurangan inisiatif.

PELAKSANAAN WAKAF PENDIDIKAN DI IPT

Kajian ini mencadangkan setiap IPTA dan IPTS khasnya yang dimiliki oleh Bumiputera Muslim mengambil inisiatif menubuhkan satu unit pengurusan wakaf yang berperanan
mengumpulkan dana menerusi wakaf, hibah, sedekah, wasiat dan
tabarru’ bagi membiayai pembangunan fizikal dan pembiayaan pengajian pelajar yang memerlukan di IPTA dan juga IPTS. Institusi wakaf tersebut akan menguruskan Wakaf Khas Pendidikan IPTA/IPTS masing-masing dengan ciri-ciri yang dicadangkan sebagaimana berikut:

1.  Penubuhan sebuah badan atau yayasan bagi melaksanakan konsep wakaf pendidikan
di IPTA/IPTS

2.  Menjalin kerjasama erat dengan majlis agama Islam negeri sesuai dengan kapasiti majlis sebagai ‘Sole Trustee’ berdasarkan Akta dan Enakmen berkenaan.
3. Pengurusan IPT memiliki autoriti sebagai badan yang menguruskan harta wakaf tersebut
(Nazir al-Awqaf).
4. Ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP)ditentukan oleh pihak pengurusan IPT. Walau bagaimanapun MAIN perlu mempunyai wakil di dalam ALP tersebut dengan
memegang
‘Golden Share’.
5. Bertanggungjawab menguruskan kebajikan pelajar dari kalangan anak-anak yatim, anak-anak daripada keluarga yang berada di bawah garis kemiskinan bandar dan luar
bandar, saudara baru dan sebagainya.
6. Mendapatkan kelulusan dari MAIN sebagai amil zakat bertauliah dengan keistimewaan mendapat peratusan tertentu dari kategori asnaf seperti
’amil, faqir,
miskin dan fi sabilillah.
7. Menguruskan sumbangan dari sumber-sumber lain seperti hibah, tabarru’ dan wasiat.

PENGAGIHAN
Berdasarkan objektif penubuhan entiti wakaf khas pendidikan IPTA/IPTS yang berperanan untuk mengurangkan bebanan kos pengajian tinggi, adalah dicadangkan dana yang
dikumpulkan hasil dari sumbangan masyarakat dan badan korporat akan digunakan mengikut agihan-agihan berikut:


i. Pembiayaan dan penajaan pelajar - 40%
ii. Pembangunan infastruktur - 30%
iii. Pelaburan - 20%
iv. Pengurusan - 10%


Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada setiap IPT mengagihkannya mengikut kaedah dan peruntukan yang bersesuaian dengan situasi masing-masing. Antara mekanisme yang dicadangkan ialah 
ekonomi mereka, dan yuran yang dikurangkan itu ditampung oleh dana wakaf

KESIMPULAN
Masyarakat Islam memikul amanah untuk menghidupkan semula amalan wakaf yang merupakan ‘amal jariah yang sangat digalakkan oleh Islam. Dalam konteks pendidikan tinggi yang agak membebankan dari segi kosnya, pelaksanaan wakaf khas pendidikan IPT bolehmengurangkan sebahagian kos tersebut melalui sistem pemasaran, pengurusan dan pengagihan semula yang lebih efisien. Penubuhan entiti wakaf khas pendidikan IPTA/IPTSmerupakan wahana untuk memartabatkan umat Islam melalui pembangunan modal insan dan pemerkasaan pendidikan mereka di peringkat yang tertinggi, supaya lebih berdaya saing dalam dunia serba kompetetif pada hari ini. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat menjadi model sebagai satu mekanisme wakaf yang bersesuaian dengan tuntutan kontemporari.

 

artikel penuh: http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9888/1/Pembangunan%20Waqaf%20Pendidikan%20Di%20Ipt%20Malaysia.pdf

 

Tarikh Input: 28/02/2019 | Kemaskini: 28/02/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1568667732