JOM PEROLEH GANJARAN PAHALA DENGAN MENYUMBANG KE PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA KOMPLEKS SUKAN UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » JOM PEROLEH GANJARAN PAHALA DENGAN MENYUMBANG KE PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA KOMPLEKS SUKAN UPM

JOM PEROLEH GANJARAN PAHALA DENGAN MENYUMBANG KE PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA KOMPLEKS SUKAN UPM

JOM PEROLEH GANJARAN PAHALA DENGAN MENYUMBANG KE PROJEK PEMBANGUNAN MUSALLA KOMPLEKS SUKAN UPM
 
Islam menganjurkan aktiviti riadah atau rekreasi (bersukan) kepada umatnya demi memenuhi keperluan jasmani manusia tanpa mengabaikan tuntutan rohani. Dengan bersukan, badan menjadi cergas dan minda pun bertambah cerdas. Keseimbangan antara kekuatan luaran dan dalaman diri seseorang wajar diberikan tumpuan.
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Sukan UPM mengambil inisiatif dalam usaha untuk membangunkan sebuah Musalla di Kompleks Sukan UPM sebagai pusat ibadah yang terbaik bagi kegunaan atlet dan pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Kami menyedari akan kepentingan pembinaan musalla yang lebih luas dan selesa pada saat ini kerana musalla sedia ada sudah tidak dapat menampung kapasiti jemaah yang ramai pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi sewaktu penganjuran acara besar-besaran.
 
 
BANTULAH KAMI MELAHIRKAN ATLET YANG MENGUTAMAKAN TUNTUTAN SYARAK!
 
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang membina masjid (dan seumpamanya) kerana Allah, kelak Allah akan membina baginya rumah (binaan seumpamanya) di syurga.”
(HR Muslim)
 
Kami panjatkan doa buat para dermawan yang budiman supaya Allah membukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmatNya buat kalian yang membantu membangunkan syiar Islam. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
 
 
AYUH INFAKKAN REZEKI YANG ALLAH PINJAMKAN KE DALAM TABUNG PEMBINAAN MUSALLA PUSAT SUKAN UPM!
 
SUMBANGAN ANDA DAPAT MEMBANTU USAHA MURNI MENYEDIAKAN RUANG IBADAH YANG SELESA DAN LUAS.
 
Bayangkan, jika setiap orang yang menghulurkan sumbangan minima RM50.00, kami percaya musalla ini akan segera dibangunkan untuk digunakan oleh para atlet dan pengunjung.
 
Ayuh memberi di saat mereka memerlukan dan di saat kita masih punya upaya!
 
Klik di sini untuk menyumbang:
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian hotline WAZAN UPM:
 
 
Disediakan oleh:
Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
#WAZANdiHati
#WeLoveUPM

Tarikh Input: 03/09/2021 | Kemaskini: 03/09/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbKAm~