INFO WAZAN: KAPSUL ZAKAT | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » INFO WAZAN: KAPSUL ZAKAT

INFO WAZAN: KAPSUL ZAKAT

INFO WAZAN: KAPSUL ZAKAT
 
ADAKAH POTONGAN ZAKAT PENDAPATAN ANDA PERLU DITAMBAH?
 
Ibadah zakat merupakan salah satu rukun islam yang perlu diambil berat oleh umat umat islam. Ianya demi menunaikan tanggungjawab kita kepada perintah Allah SWT dapat dijalankan secara berterusan (istiqamah).
Mengeluarkan zakat secara beransuran dapat dikenalpasti sebagai medium yang berkesan supaya dapat menjalankan ibadah secara berterusan. Bayaran ansuran ini dirujuk berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh “Abu Daud: Dari Ali, ia berkata, Al Abbas bertanya kepada Nabi SAW bolehkah mendahulukan penuaian zakat sebelum mancapai haul. Kemudian Rasulullah SAW memberikan keringan dalam hal itu”.
Di Malaysia, kaedah ini dipersetujui oleh Majlis Fatwa sejajar dengan kemaslahatan dan kebajikan orang Islam. Bayaran ansuran secara bulan telah pun di praktikkan sebahagian besar masyarakat di Malaysia.

MENGAPA PERLU TAMBAH CARUMAN BULANAN ZAKAT?
- Pendapatan dan harta bertambah
- Menunaikan zakat dengan jumlah yang tepat
- Menunaikan hak orang lain yang ada pada pendapatan kita
- Membersihkan dan menyuburkan harta kita
- Keberkatan berganda apabila menunaikan zakat
 
Mafhum hadis riwayat Al-Bukhari menyatakan bahawa zakat yang tertangguh dianggap berhutang dengan Allah.
Qadha Zakat tidak dikenakan sebarang gandaan tetapi seandainya kita membayar lebih daripada kadar diwajibkan berzakat maka orang itu akan memperoleh ganjaran pahala tatowwu’ (pengorbanan atas agama)
 
“Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmatnya) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (al-baqarah : 261)
 
 
Nisab Semasa: RM19,610.00
 
 
BAGAIMANA?
 
==
 
BAGAIMANA CARA MENUNAIKAN ZAKAT DI UPM?
 
Sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, Kaunter WAZAN UPM DITUTUP kepada semua pelanggan, urusan pembayaran zakat hanya dilakukan secara atas talian sahaja.
 
Klik https://bit.ly/3fG1Ra9 untuk menunaikan zakat anda. Anda juga boleh mengimbas KOD QR yang tertera dalam e-poster.

Sekiranya tuan/puan terdapat sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi En. Aiman (011-29232379) / En. Afiezee (019-6925923) atau Hotline WAZAN (010-7898566) atau layari http://wazan.upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
 
Seksyen Dakwah Dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
Hotline  : 010-7898566
Emel    : wazan@upm.edu.my

Tarikh Input: 20/08/2021 | Kemaskini: 15/03/2023 | mazrol

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdVAi~