WAZAN Taja Pelajar Dan Staf Ke Kanada | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Taja Pelajar dan Staf ke Kanada

WAZAN Taja Pelajar dan Staf ke Kanada

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, 3 JUN – WAZAN telah bersetuju untuk menaja empat orang pelajar dan seorang staf UPM ke Kanada selama dua minggu.

Tajaan ini adalah sebahagian daripada program mobiliti universiti untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada warga UPM.

 

 

Program yang dijenamakan sebagai “Mobiliti Montreal Ziarah Amal Ramadan bersama Sister Sabariah dan Yayasan Sabria ke Kanada” telah dijalankan pada 2 Jun 2018 hingga 12 Jun 2018.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBhg Prof. Roslan b. Sulaiman, antara lain tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi inspirasi serta meningkatkan nilai insaniah dan sukarelawan dalam kalangan mahasiswa bagi memajukan diri dari aspek kepimpinan dan pemahaman sosiologi masyarakat luar, di samping memainkan peranan penting sebagai duta untuk mempromosikan kebudayaan masyarakat Malaysia.

Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan pusat sukarelawan dan pembangunan asnaf UPM.

Selain itu, program ini dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di Montreal selaras dengan moto UPM iaitu “Berilmu Berbakti”.

 

 

Sementara itu, Pengarah WAZAN, YBhg Dr. Haji Razali b. Othman pula menegaskan bahawa sumber pembiayaan tersebut dibuat dengan mengunakan dana zakat.

Oleh itu, beliau meminta supaya setiap peserta yang terpilih menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik-baik mungkin. “Cari pengalaman, cari ilmu, gunakan masa dua minggu dengan meneroka dan belajar daripada mereka yang pakar seperti sister Sabariah. Balik nanti gunakan ilmu yang ada untuk  bangunkan “soup kitchen” kita unytuk bantu pelajar yang susah”. Katanya. – WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1591410813