UPM, 5 April 2019 – Serdang hari ini telah mengalami banjir kilat berikutan hujan yang turun berterusan sehingga menyebabkan paras air meningkat secara mendadak. Kejadian banjir ini telah menjejaskan para penduduk di sekitar Sri Serdang dan beberapa sekolah di sekitar Serdang turut terlibat. Masalah banjir ini telah mengakibatkan banyak rumah yang hampir ditelenggami air dan turut melibatkan kediaman beberapa staf UPM. Lebih 70 orang staf UPM yang merupakan penduduk di sekitar perumahan Sri Serdang telah mnejadi mangsa banjir ini yang telah berlaku selama dua hari.
Sejajar dengan itu, WAZAN telah terlibat secara langsung untuk membantu dan meringankan beban para staf UPM. Mesyuarat jawatankuasa agihan telah dilaksanakan bagi membincangkan jenis bantuan yang boleh disalurkan. Bantuan ini juga dimanfaatkan untuk membantu mangsa banjir yang bukan beragama Islam melalui dana wakaf. Semoga bantuan kewangan dan barangan yang disumbangkan oleh WAZAN dengan kerjasama pihak universiti akan meringkan beban mereka. WAZAN amat berharap para mangsa banjir Serdang akan terus cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Allah SWT.
Tarikh Input: 08/04/2019 | Kemaskini: 08/04/2019 | m.jazmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.