UMA Kunjung Hormat Ke WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » UMA Kunjung Hormat ke WAZAN

UMA Kunjung Hormat ke WAZAN

UPM, 4 Mac 2019 – WAZAN hari ini telah menerima kehadiran delegasi dari Universiti Medan Area atau dikenali sebagai UMA. Seramai 32 orang staf dan pelajar pascasarjana Universiti Medan Area (UMA), Sumatera Utara, Indonesia telah menghadiri lawatan ini. WAZAN amat berbesar hati dengan kehadiran mereka yang telah  diketuai oleh Prof. Retno Astuti, Pengarah, Program Pascasarjana UMA. Rangka lawatan ini telah menjadikan UPM sebagai salah satu lokasi kunjungan mereka. Oleh yang demikian, WAZAN telah menyambut kedatangan mereka bertempat Dewan Taklimat Serdang UPM. Pelbagai perkongsian telah disampaikan oleh Pengarah WAZAN antaranya program yang dijalankan. Pengenalan penubuhan WAZAN dan objektif penubuhan. Seterusnya perkongsian idea tentang pembanguann wakaf dan zakat UPM turut dibincangkan. Pelbagai program bantuan kepada pelajar seperti bantaun zakat, biasiswa wakaf dan wakaf ambulans antara kejayaan WAZAN yang turut dikongsikan.

Secara langsung, pertukaran idea dan pengalaman anatara WAZAN dan UMA dapat dipertingkatkan. Menurut Prof. Retno Astuti, selain membina ukhwah, lawatan ini juga bertujuan untuk mereka sama berkongsi pengalaman dengan WAZAN dalam menguruskan Dana Wakaf dan Zakat. Menariknya, pengasas UMA para dan pegawai  utama mereka turut sama dalam sesi perbincangan tadi. Delegasi mereka cukup serius dan komited untuk sama menggerakkan dana wakaf dan zakat sebagai sumber pembiayaan UMA. Terima kasih WAZAN ucapkan kepada Dr. Warjio, Dr. Hendri dan Dr. Isnaini yang turut sama sudi hadir ke WAZAN.  Besar harapan WAZAN agar WAKAF akan mendapat tempat di hati warga UMA.

Tarikh Input: 13/03/2019 | Kemaskini: 13/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1593708841