Terima Kasih YAB TPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Terima Kasih YAB TPM

Terima Kasih YAB TPM

UPM, 25 Mac 2019 – Bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah berlangsungnya majlis perasmian Seminar Sukarelawan Hospital Peringkat Kebangsaan. Seminar ini merupakan usaha sama antara Hospital Pakar Al-Ilsam bersama FPSK UPM. Seminar ini telah diserikan lagi dengan kehadiran pemimpin negara iaitu Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Azizah binti Wan Ismail yang merasmikan program ini. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dilaksanakan di Malaysia dengan membawa slogan “Satu Keluarga, Satu Sukarelawan”.

Secara keseluruhanya, seminar kesukarelawanan merupakan langkah terbaik dalam membentuk masyarakat yang sedia membantu dan saling bekerjasama. Objektif utama seminar ini ialah memupuk sifat sukarela dalam kalangan masyarakat bagi membantu pihak hospital membantu merawat dan memerikan suntikan semangat para pesakit untuk kembali pulih. Sifat kesukarelawanan dewasa ini yang kian terhakis merupakan satu cabaran penting yang perlu diatasi.

Oleh yang demikian, WAZAN melihat usaha ini merupakan langkah tepat bagi menarik minat masyarakat teruatamanya anak muda untuk terlibat membantu tanpa mengharapkan balasan. Dalam Islam sendiri keikhlasan itu menjadi teras penting dalam membentuk akhlak mulia dan masyarakat yang harmoni. WAZAN yang turut hadir sempena perasmian ini telah diwakili oleh Pengarah WAZAN bersama staf.

Di samping itu, WAZAN turut membuka kaunter atau booth pameran untuk memperlihatkan penglibatan dan kesudian WAZAN untuk  menjayakan program ini. Pelbagai pihak yang banyak membantu seminar ini antaranya Hospital Pakar Al- Islam, Kelab Binmbingan Mahawsiswa UPM dan Malaysian Relkief Agency turut hadir. WAZAN telah berjaya menimbah pelbagai ilmu dan perkongsian menerusi seminar ini yang telah disampaiakn oleh penceramah yang telah diundang.

Dalam pada masa sama, Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah WAZAN juga berkesempatan menerangkan kepada YAB TPM berkaitan peranan dan program WAZAN di UPM. Seterusnya, peranan dana wakaf dan zakat yang diusahakan oleh WAZAN kepada warga kampus. Selain itu, pengarah WAZAN juga menyampaikan cenderamata iaitu dua buku hasil nukilan pengarah kepada Yang Amat Berhormat. Besar harapan semoga ilmu berkaitan wakaf dan zakat akan dapat terus diperkasakan bersama pimpinan tertinggi negara.

Sekali gus, WAZAN akan terus komited untuk membantu mencapai objektif seminar Kesukarelawanan Kebangsaan. Semoga, ramai lagi sukarelawan di Malaysia akan terus membantu pihak hospital untuk memastikan kesejahteraan dalam aspek kesihatan akan dapat direalisasikan ke arah yang lebih  baik.

 

Tarikh Input: 25/03/2019 | Kemaskini: 25/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1593708161