Program Freefuel & Meal Untuk Mahasiswa Universiti Putra Malaysia | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Program Freefuel & Meal untuk Mahasiswa Universiti Putra Malaysia

Program Freefuel & Meal untuk Mahasiswa Universiti Putra Malaysia

UPM, 28 Disember 2018 – Menyedari akan permasalahan segelintir mahasiswa setiap hujung semester yang mengalami masalah kewangan maka pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) sentiasa ke depan untuk menghulurkan bantuan.

Oleh yang demikian, WAZAN Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Program Freefuel & Meal untuk membantu meringankan beban mahasiswa di Petronas KuPutra @ Sri Serdang. Sehubungan itu, program ini bertujuan membantu mahasiswa dengan mengisi penuh petrol kepada mahasiswa yang menggunakan motosikal di kampus Universiti Putra Malaysia.

Selain itu, WAZAN menjalankan program pemberian makanan secara percuma Freemeal kepada mahasiswa serentak dengan program Freefuel.

Malahan, program ini juga memberi peluang kepada sukarelawan untuk membantu dan beramah mesra dengan mahasiwa UPM dalam program ini yang diadakan bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberikan kegembiraan kepada mahasiswa yang terlibat sepanjang program dan mengurangkan sedikit bebanan mereka.

Tarikh Input: 28/12/2018 | Kemaskini: 28/12/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1597366170