PERANAN ICT DALAM PENGURUSAN ZAKAT, WAKAF DAN SEDEKAH | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
» ARTIKEL » PERANAN ICT DALAM PENGURUSAN ZAKAT, WAKAF DAN SEDEKAH

PERANAN ICT DALAM PENGURUSAN ZAKAT, WAKAF DAN SEDEKAH

Penggunaan ICT dan internet adalah sangat penting di dalam era globalisasi ini, di mana segala maklumat serta perkhidmatan boleh diakses dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Selain dari itu, semenjak wujudnya virus Covid-19 yang datang menyerang Malaysia menyebabkan penggunaan ICT di dalam semua bidang meningkat dengan pesat terutamanya penggunaan ICT dalam urusan harian. Oleh yang demikian, di dalam meniti arus kemodenan atau dunia canggih ini, kemahiran dalam menggunakan terknologi serta internet sudah menjadi sebati di dalam diri masyarakat di Malaysia tidak kira peringkat umur yang muda mahupunn tua lagi. Tambahan lagi, dengan wujudnya ICT ini semua urusan harian dapat dijalankan dengan mudah tanpa perlu keluar terutamanya kepada masyarakat Muslim yang perlu menunaikan kewajipan seperti membayar zakat serta wakaf dan sedekah pada musim covid-19 dimana peraturan yang ketat telah dilaksanakan bagi mengelakkan jangkitan. Walaubagaimanapun, masih terdapat sebilangan masyarakat Muslim yang masihwas-was dan musykil serta tidak yakin di dalam penggunaan ICT dan internet walaupun dunia di masa kini sangat pesat dalam penggunaan ICT terutamanya di dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan-urusan yang membabitkan Islam seperti pembayaran zakat secara maya, wakaf dengan menggunakan aplikasi e-wakaf dan sebagainya. Oleh sebab itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti peranan ICT serta menguji kefahaman mengenai fungsi ICT di dalam pengurusan zakat, wakaf dan sedekah. Selanjutnya, kajian ini dilakukan dalam bentuk tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik dengan menggunakan Microsoft form dan akan diedarkan kepada responden yang disasarkan. Hasil daripada kajianini, pengkaji dapat melihat tahap pengetahuan serta pemahaman dalam penggunaan ICT dalam pengurusan zakat, sedekah dan wakaf berada di tahap yang baik. Sebagai penghias bicara akhir, penggunaan ICT amatlah penting kerana ianya bukan sahaja membantu kita menunaikan kawajipan sebagai seorang Muslim malah memudahkan kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim.
 
Rujukan:
Roslan, N. L. M., Khirulrezal, N. K., Hod, K., & Saidin, M. (2023). Peranan ICT Dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah. Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC), 6(11), 169-182.

Tarikh Input: 30/07/2024 | Kemaskini: 30/07/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
W, (09:18:14am-09:23:14am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]