INSPIRASI 25 TAHUN WAQAF AN NUR | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» ARTIKEL » INSPIRASI 25 TAHUN WAQAF AN NUR

INSPIRASI 25 TAHUN WAQAF AN NUR

INSPIRASI 25 TAHUN WAQAF AN-NUR

Penubuhan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) selama 25 tahun menandakan satu pencapaian besar dalam evolusi wakaf korporat di Malaysia. Berada di bawah naungan Johor Corporation (JCorp), kejayaan suku abad Waqaf An-Nur membuktikan bahawa instrumen filantropi Islam mampu dikuruskan secara profesional, dinamik, dan memberikan impak sosioekonomi yang nyata kepada seluruh masyarakat.

Peneraju Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Pencapaian paling menyerlah Waqaf An-Nur adalah penubuhan Rangkaian Klinik dan Hospital Waqaf An-Nur di seluruh negara. Menerusi model ini, perkhidmatan perubatan berkualiti dan rawatan dialisis ditawarkan pada kadar subsidi yang sangat minima. Kesihatan serta maruah golongan B40 dan asnaf dapat dipelihara menerusi keperihatinan yang berterusan.

Model Wakaf Korporat yang Inovatif

Waqaf An-Nur menjadi inspirasi utama kerana kejayaannya mengintegrasikan instrumen saham dan aset korporat ke dalam ekosistem wakaf. Langkah ini membuktikan bahawa wakaf tidak terhad kepada tanah atau bangunan fizikal semata-mata, sebaliknya boleh menjadi pemegang saham dalam syarikat komersial yang dividennya disalurkan semula demi pembangunan ummah.

Inspirasi Buat Institusi Filantropi Kampus

Ulang tahun ke-25 Waqaf An-Nur memberi mesej jelas kepada institusi filantropi lain, termasuk WAZAN UPM: kelestarian dana memerlukan tadbir urus yang mantap, inovasi berterusan, dan keikhlasan menyertai agenda pembangunan masyarakat. Legasi ini menjadi bukti bahawa wakaf korporat adalah jawapan kepada keadilan sosial dan pemerkasaan ekonomi masyarakat.

Tarikh Input: 30/09/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (02:23:24am-02:28:24am, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]