INFO WAZAN : ZAKAT ATAS PELABURAN DAN SIMPANAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SARAAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » INFO WAZAN : ZAKAT ATAS PELABURAN DAN SIMPANAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SARAAN

INFO WAZAN : ZAKAT ATAS PELABURAN DAN SIMPANAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SARAAN

Pertanyaan:

Assalamu'alaikum Ustaz. Saya ada pertanyaan. Jika sumber pendapatan hanya dari dividen pelaburan unit trust yang tidak melebihi nisab serta tidak mencukupi untuk sara hidup tanggungan isteri dan seorang anak OKU yang perlukan rawatan berkala, harus ke saya membayar zakat pelaburan? Ini kerana jika dikenakan, saya terpaksa jual unit trust utk membayar zakat dan akibatnya pelaburan serta pendapatan tahun demi tahun akan berkurangan. Harap dpt beri penjelasan. Tkasih.

Jawapan:

Waalaikumusalam :-

  1. Syarak menetapkan bahawa setiap orang yang sudah ada cukup syarat wajib zakat atas dirinya, maka wajiblah dia membayar zakat.
  2. Syarat wajib itu ialah: Islam, merdeka, mempunyai harta milik sempurna, mencapai nisab dan mencapai haul (bagi harta yg ada haul).
  3. Maka dalam isu simpanan atau pelaburan yang memang digunakan untuk saraan diri, silalah gunakan dahulu utk tujuan berkenaan.
  4. Kemudian apabila tiba hujung haul, sekiranya jumlah baki simpanan atau pelaburan itu masih mencapai atau melebihi nisab, itulah yang wajib dizakatkan.
  5. Janganlah bimbang dengan merasakan zakat akan menyebabkan rezeki menjadi tidak cukup. Ini kerana, kebimbangan itu hakikatnya bisikan syaitan.
  6. Allah swt beri peringatan kepada kita:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

  1. Yang bermaksud: "Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan (bila berzakat menjadi susah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kedekut); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengatahui." (Al-Baqarah: 268)
  2. Sebaliknya, perbuatan kita menahan harta dengan bersikap bakhil dan enggan membayar zakat itulah punca kebinasaan harta.
  3. Bersabda Nabi SAW:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصبِحُ العِبادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلانِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

  1. Ertinya: "Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: Wahai, Tuhan! Berikanlah ganti rugi (balasan kebaikan) bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya. Dan yang satu lagi berkata: Wahai, Tuhan! Musnahkanlah harta si bakhil." (HR Muttafaq Alaih daripada Abu Hurairah RA)
  2. Di Selangor fatwa menetapkan jumlah pelaburan dan simpanan perlu digabungkan dengan emas (jika perhiasan yang melebihi uruf dan emas bukan perhiasan berapa sahaja jumlahnya) untuk dizakatkan.
  3. Jika digabungkan ternyata di bawah nisab, maka tak wajiblah zakat ke atasnya.

والله أعلام

 

Disediakan oleh:
Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid,
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan,
Divisyen Syariah dan Dakwah,
Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
 
Nisab Zakat 2023: RM 21,432.00
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 03-9769 8993/6155 (En.Aiman/En.Afiezee) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
--
"Wakaf dan Zakat, Membawa Berkat"
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
 
Facebook : WAZAN UPM l Website : www.wazan.upm.edu.my l Telefon : 03-9769 8993 / 6155
 

ZAKAT SIMPANAN, SAHAM DAN ASB.jpeg

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 03/05/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUIAS~