SOALAN:
Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya..mcam mana cara pembahagian duit zakat kwsp suami saya untuk saya sedekahkan kepada golongan asnaf. Macam mne caranya saya ingin lakukan?banyak mana yang saya kena sedekahkan?cara pembahagian duit tu mcam mana?tu soalan saya. terima kasih ustaz
JAWAPAN:
Merujuk kepada persoalan puan, pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakatnya sejurus menerima/ mengeluarkan wang KWSP tersebut.
(i) Apabila menerima wang KWSP, seseorang hendaklah menunggu setahun bagi mencukupi haul barulah dikeluarkan zakat 2.5%; atau
(ii) Apabila menerima wang KWSP, seseorang bolehlah terus mengeluarkan zakat 2.5% tanpa menunggu tempoh setahun kerana dikhuatiri wang tersebut akan berkurangan dari segi nisabnya yang tidak wajib dikenakan zakat lagi.
Justeru, tuan/puan boleh pergi ke kaunter pungutan zakat yang berhampiran tempat tinggal untuk pembayaran zakat KSWP tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pihak zakat untuk mengagihkannya kepada golongan asnaf yang layak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
Tarikh Input: 09/08/2024 | Kemaskini: 07/10/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA