INFO WAZAN: MENGAPA PERLU TUNAIKAN ZAKAT DI UPM? | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» ARTIKEL » INFO WAZAN: MENGAPA PERLU TUNAIKAN ZAKAT DI UPM?

INFO WAZAN: MENGAPA PERLU TUNAIKAN ZAKAT DI UPM?

INFO WAZAN: MENGAPA PERLU TUNAIKAN ZAKAT DI UPM?

Seringkali kita dengar, mengapa perlu tunaikan zakat di UPM? Berikut adalah faktor yang perlu diberi perhatian oleh setiap pembayar zakat di UPM:

☑️UPM telah dilantik sebagai penolong amil IPT negeri Selangor;
☑️Resit zakat yang dibekalkan merupakan resit rasmi Lembaga Zakat Selangor;
☑️Zakat yang ditunaikan mendapat 100% rebat cukai, Seksyen 6A(3) akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);
☑️Lembaga Zakat Selangor memulangkan kembali 50% daripada dana zakat kepada UPM untuk diagihkan kepada para asnaf dalam kalangan warga UPM;
☑️Tuan/puan boleh membuat potongan zakat secara bulanan melalui Skim Potongan Gaji (SPG) tertakluk kepada kakitangan UPM sahaja.
☑️Sistem pembayaran yang disediakan oleh pihak WAZAN UPM kini lebih mudah dan efisien.

Justeru, pihak WAZAN UPM menyeru tuan/puan menunaikan kewajipan terhadap rukun islam yang keempat (menunaikan zakat) sekaligus dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan.🎯

Imbas kod QR yang tertera atau klik pautan https://www.billplz.com/zakatupm menunaikan zakat secara atas talian (online) dengan mudah.📲

Sabda Rasulullah SAW,

“Jika mereka mematuhi perkara itu, beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan solat ke atas mereka lima waktu sehari semalam. Jika mereka mematuhi perkara itu zakat ke atas mereka yang diambil daripada orang kaya lalu diagihkan-agihkan kepada orang fakir di kalangan mereka.”
Riwayat Muslim (130)

Tarikh Input: 15/12/2025 | Kemaskini: 20/08/2026 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
W, (03:39:27pm-03:44:27pm, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]