INFO WAZAN: LEBIHAN BAYARAN ZAKAT, JATUH SEDEQAH ATAU QADA’? | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » INFO WAZAN: LEBIHAN BAYARAN ZAKAT, JATUH SEDEQAH ATAU QADA’?

INFO WAZAN: LEBIHAN BAYARAN ZAKAT, JATUH SEDEQAH ATAU QADA’?

INFO WAZAN: LEBIHAN BAYARAN ZAKAT, JATUH SEDEQAH ATAU QADA’?

Situasi:

Assalamualaikum, saya telah membayar zakat simpanan sebanyak RM7000. Namun begitu, terdapat kesilapan di dalam pengiraan zakat saya, dimana jumlah sebenar yang perlu dibayar hanyalah RM6000. Adakah lebihan bayaran tersebut boleh di bawa kepada bayaran zakat tahun hadapan?

Jawapan:

Kesimpulannya, jika seseorang itu tersalah bayar maka kebihan tersebut tidak boleh dijadikan sebagai bayaran zakat untuk tahun seterusnya. Hal ini kerana zakat merupakan satu ibadat yang mempunyai niat yang khusus.

Namun begitu, sekiranya pembayar zakat terdapat tunggakan zakat yang belum dilunaskan dalam pengiraan. Lebihan bayaran zakat tersebut akan digunakan untuk membayar tunggakan-tunggakan zakat sebelumnya  atau dengan kata lain qada’ zakat. Dan sekiranya pembayar zakat tidak mempunyai tunggakan zakat, maka pembayar zakat boleh niat untuk bersedekah menggunakan lebihan zakat tersebut.

Hal ini kerana, hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan manakala sedekah adalah sunat. Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Hambali dan Imam Syafie:

“Ketika penunaian zakat itu dapat dilakukan dengan segera, maka orang yang mengakhirkan penunaiannya dianggap ceroboh (kepada kewajipan berzakat), sehingga dia mesti bertanggung jawab terhadap pencerobohan yang dilakukan.”

Rujuk Al-Mughni, Jilid 2, halaman 686 dan Al-Majmu’, Jilid 5, halaman 302

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/

 

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 20/09/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbLAy~