INFO WAZAN: EMAS BUKAN SEKADAR PERHIASAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » INFO WAZAN: EMAS BUKAN SEKADAR PERHIASAN

INFO WAZAN: EMAS BUKAN SEKADAR PERHIASAN

“EMAS BUKAN SEKADAR PERHIASAN”
 
 
TERDAPAT 3 (TIGA) KATEGORI EMAS
 
 
EMAS BUKAN PERHIASAN
 
  1. Emas selain perhiasan wanita sama ada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, jongkong, kepingan emas, peralatan rumah dan sebagainya.
  2. Emas perhiasan wanita yang tidak dipakai dalam tempoh haul (setahun) juga termasuk dalam kategori emas bukan perhiasan.
  3. Jika memiliki kadar nilai yang sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram maka wajib zakat. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
 
KAEDAH TAKSIRAN
 
(Berat emas x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5% = Jumlah Zakat
 
Contoh kiraan:
100 gram x RM144.38= RM14,438 = RM x 2.5% = RM360.95
 
 
 
EMAS PERHIASAN WANITA
 
  1. Emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan wanita.
  2. Kadar uruf emas (kebiasaan pakai emas) di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.
  3. Kiraan zakat emas perhiasan ini dinilai atas perhiasan yang melebihi kadar uruf.
  4. Sekiranya melebihi kadar uruf, bakinya hendaklah digabungkan dengan harta lain yang berasaskan dengan nisab emas.
 
KAEDAH TAKSIRAN
 
(Berat emas - Uruf (800 gram) x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5%=Jumlah Zakat
1000 gram - 800 gram x RM144.38= RM28,876 x 2.5% = RM721.90
 
 
 
EMAS BERCAGAR
 
Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
 
 
KAEDAH TAKSIRAN
 
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
 
 
Fatwa Di Bawah Subseksyen 50(1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003:
 
Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan di Negeri Selangor (Pindaan) bertarikh 22 Mei 2018:
  1. Fatwa Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada kadar timbangan 800gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar’uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat.
  2. Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan di Negeri Selangor [Sel. P.U. 15] yang diwartakan pada 23 Jun 2005 dibatalkan.
 
 
Nisab Semasa : RM19,610.00
 
 
Bagaimana Cara Menunaikan Zakat di UPM?
 
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Kaunter WAZAN DITUTUP kepada semua pelanggan, urusan pembayaran zakat hanya dilakukan secara atas talian sahaja.
 
Klik https://bit.ly/3fG1Ra9 untuk menunaikan zakat anda. Anda juga boleh mengimbas KOD QR yang tertera dalam e-poster.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di En. Aiman (011-29232379) / En. Afiezee (019-6925923) atau Hotline WAZAN (010-7898566) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
 
Seksyen Dakwah Dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
Hotline : 010-7898566
Emel   : wazan@upm.edu.my
 
--
"Wakaf dan Zakat, Membawa Berkat"

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 17/03/2023 | mazrol

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETIAr~