DOA PARA MALAIKAT UNTUK ORANG YANG MENGINFAQKAN HARTA | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » DOA PARA MALAIKAT UNTUK ORANG YANG MENGINFAQKAN HARTA

DOA PARA MALAIKAT UNTUK ORANG YANG MENGINFAQKAN HARTA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Hadis daripada: 
 
Sayyidina Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
 
“Setiap hari pada waktu pagi dua orang malaikat turun dari langit. Seorang malaikat mendoakan, “Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang menginfaqkan hartanya.” Malaikat yang kedua pula berdoa, “Ya Allah, musnahkanlah harta orang yang tidak menginfaqkan hartanya.”
(Misykat : Muttafaq’alaih)
 
 
Keterangan
 
Sayyidina Abu Darda RA telah menukilkan sabdaan Nabi SAW. : “ Setiap kali matahari terbit, maka dia orang malaikat membuat pengisytiharan di kedua-dua tepinya yang didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia. Pengisytiharan itu ialah, “ Wahai manusia, tujulah kearah Tuhanmu. Benda sedikit yang mencukupkan lebih baik daripada yang banyak tetapi menyebabkan kamu lalai daripada Allah SWT.” Apabila matahari mula tenggelam maka dua orang malaikat mendoakan di kedua-dua tepi matahari itu. “Ya Allah, berilah ganti kepada orang telah menginfaqkan hartanya di jalan-Mu dan musnahkanlah harta orang yang tidak menginfaqkan hartanya.”
 
Imam Nawawi menulis bahawa infaq yang disukai ialah perbelanjaan untuk semua amalan soleh, perbelanjaan untuk menanggung ahli keluarga, untuk melayan tetamu atau mana-mana ibadat yang lain. Hadrat Imam Qurtubi berkata bahawa infaq yang disukai itu merangkumi perbelanjaan untuk ibadah fardu dan juga sunat. Namun orang-orang yang tidak ingin menginfaqkan hartanya untuk amalan sunat tidak termasuk dalam doa keburukan malaikat yang dinyatakan di atas. Tetapi tabiat orang sedemikian yang menjadikan kedekut untuk menginfaqkan hart harta sehingga infaq yang wajib pun dia tidak lakukan dengan hati yang reda.

Nisab 2018 : RM 19,610.00
 
Taksir jumlah zakat pendapatan/harta di link https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/
 
 
Bagaimana Membuat Bayaran Zakat dan Wakaf?
 
Sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, Kaunter WAZAN DITUTUP kepada semua pelanggan, urusan pembayaran zakat hanya dilakukan secara atas talian sahaja.
 
Klik https://bit.ly/3fG1Ra9 untuk menunaikan zakat anda. Anda juga boleh mengimbas KOD QR yang tertera dalam e-poster.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di En. Aiman (011-29232379) / En. Afiezee (019-6925923) atau Hotline WAZAN (010-7898566) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
 
Seksyen Dakwah Dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
Hotline : 010-7898566
Emel    : wazan@upm.edu.my

Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 31/08/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbMAC~