Amanah Laksana Filantropi Islam | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » Amanah laksana filantropi Islam

Amanah laksana filantropi Islam

SALAH satu aspek penting dalam pelaksanaan filantropi Islam berkaitan zakat, wakaf, infak, sedekah, khairat atau jariah adalah bagaimana ia mampu melestarikan kehidupan umat Islam yang bukan hanya bersifat sementara tetapi kekal dari satu generasi ke generasi akan datang.
 
Sebagai generasi yang diberi amanah untuk mentadbir harta amanah umat Islam pada masa kini, sudah tentu kita mengharapkan pahala berterusan hasil daripada usaha membangunkan instrumen zakat, wakaf dan sebagainya.
 
Segala bentuk perancangan agihan serta pembangunan filantropi Islam bukan hanya bersifat menyelesaikan masalah di depan mata tetapi juga penyelesaian bersifat futuristik.
 
Dalam al-Quran, Allah SWT memperlihatkan bagaimana sikap generasi akan datang dalam menghargai generasi terdahulu yang memberikan manfaat kepada mereka pada setiap zaman dan ketika.
 
Ia memberi satu suntikan motivasi untuk membangunkan filantropi Islam dengan penuh amanah dan inovasi agar menjadi sebuah legasi yang memberikan manfaat berkekalan sepanjang zaman.
 
Jika berdasarkan matlamat pembangunan mampan melalui penerapan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), sebagai umat Islam sudah pasti kita diajar bagaimana untuk sentiasa berfikir agar dapat meninggalkan legasi untuk kelestarian generasi akan datang.
Generasi terdahulu sudah membuktikannya. Sudah sampai masa kita pula membuktikan kepada generasi akan datang.
Sentiasalah kita berfikir dan terus berfikir untuk membangunkan instrumen filantropi Islam ini dalam menghadapi dunia berasaskan digital menjelang 2030 agar terus dapat memanfaatkan umat pada masa kini dan generasi mendatang.
 
Oleh:
DR. MOHD FAISAL MUSTAFFA
Ketua Pegawai Operasi
Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah
 
Dipetik daripada:
 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 31/05/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbMAE~