JOM BERWAKAF UNTUK PEMBINAAN MUSOLLA PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC) | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) wazan
» ARTICLE » JOM BERWAKAF UNTUK PEMBINAAN MUSOLLA PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)

JOM BERWAKAF UNTUK PEMBINAAN MUSOLLA PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)

JOM BERWAKAF UNTUK PEMBINAAN MUSOLLA PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)

 
Sukacita dimaklumkan Pusat Polis Bantuan &  Keselamatan Universiti (APSeC) UPM dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM akan membangunkan sebuah musolla berkapasiti 40 orang jemaah bertempat di bersebelahan dengan pejabat APSeC sedia ada.
 
Tujuan pembangunan musolla ini selain memberi kemudahan kepada anggota dan pegawai APSeC untuk mengerjakan ibadat, ia juga dapat dimanfaatkan oleh pelawat, ibubapa, orang ramai dan warga UPM semasa berlangsungnya program / aktiviti yang melibatkan Padang Kawad UPM seperti Majlis Konvokesyen UPM, Pendaftaran Pelajar Baharu, MAHA dan sebagainya.
 
Justeru, pihak kami mempelawa kepada semua warga UPM dan orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada Wakaf Surau APSeC UPM dalam usaha merealisasikan pembangunan musolla ini.
 
“Dari Anas RA, beliau berkata: Rasullullah SAW bersabda: Barang siapa yang membina sebuah masjid bagi Allah, yang kecil ataupun besar, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga.” [Riwayat al-Tirmidzi]
 
Disertakan kod QR bagi tujuan pembayaran sumbangan dan sila kongsikan slip pembayaran sumbangan wakaf anda untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan potongan cukai pendapatan LHDN ke nombor Whatsapp: 03-97691816.

Date of Input: 30/04/2025 | Updated: 30/04/2025 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (03:28:22am-03:33:22am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]