INFO WAZAN: ZAKAT HARTA DAN ZAKAT FITRAH SUATU KEWAJIBAN? | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » INFO WAZAN: ZAKAT HARTA DAN ZAKAT FITRAH SUATU KEWAJIBAN?

INFO WAZAN: ZAKAT HARTA DAN ZAKAT FITRAH SUATU KEWAJIBAN?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Kesedaran akan tanggungjawab menunaikan zakat dilihat masih lagi berada pada tahap yang rendah. Yang dimaksudkan ini ialah kepada Zakat Harta, memandangkan umat Islam amat peka untuk menunaikan kewajipan membayar Zakat Fitrah setiap kali menjelang Ramadhan.
Jelas kelihatan bahawa persepsi dan pemahaman umat Islam lebih tertumpu kepada kewajipan Zakat Fitrah dan kurang kepada kewajipan zakat Harta. Terdapat segelintir umat Islam yang enggan mengeluarkan zakat harta atas beberapa sebab, keadaan ini seharusnya tidak berlaku kerana sudah jelas bahawa dalam harta kita ada hak orang lain.
Seperti firman Allah: "Dan, pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian.” (Adz-Dzariyat [51]: 19)
Terdapat juga segelintir dari umat Islam kini yang tidak berkeyakinan untuk membayar zakat melalui institusi yang dilantik. Di Malaysia, pemerintah telah lengkap dengan melantik institusi untuk mengutip zakat, serta setiap negeri juga telah ada Majlis Agama Islam Negeri yang telah diberi kuasa untuk tugas-tugas berkaitan agama Islam di negeri.
Dalam urusan kutipan zakat Allah telah berfirman: “Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka”. (At Taubah 9: 103)
Pembayaran Zakat Harta adalah wajib sepertimana wajibnya membayar Zakat Fitrah. Institusi zakat berperanan mengutip zakat daripada umat Islam dan mengagihkannya kepada lapan (😎 asnaf yang terlibat. Namun begitu, isu pembayaran zakat terutamanya Zakat Harta masih lagi rendah walaupun perintah Allah SWT jelas mewajibkan pembayaran zakat termasuklah Zakat Harta dan Zakat Fitrah. Zakat Harta dikenakan ke atas harta-harta yang berkembang seperti
Pendapatan, Emas, Perak, KWSP, Perniagaan, Simpanan, Saham, Qadha Zakat, Padi dan Penternakan setelah cukup syaratnya. Kekeliruan ini menyebabkan jumlah peningkatan kutipan zakat harta masih rendah walaupun ianya meningkat setiap tahun.
Oleh itu, inisiatif WAZAN UPM dalam menjadi platform yang ideal bagi membuadahkan para pembayar untuk berkongsi kekayaan dan manfaat dalam kalangan ummah melalui kerjasama, sukarelawan, misi bantuan serta pelbagai program pembangunan pelajar/staf. WAZAN UPM juga mengalu-alukan semua pihak bersama-sama WAZAN UPM bagi menjayakan usaha yang mulia ini.

Date of Input: 31/05/2022 | Updated: 31/05/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaRAJ~