Sepanjang tahun 2025 Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melaksanakan amanah dalam mengurus dan mengagih dana zakat dengan cekap, telus dan berkesan. WAZAN mencatatkan jumlah kutipan zakat keseluruhan sebanyak RM8.967 Juta. Kutipan ini merangkumi kutipan melalui Skim Potongan Gaji (SPG) zakat dengan jumlah RM5.80 juta dan kutipan melalui kaunter zakat WAZAN dengan jumlah RM3.16 juta. Jumlah ini adalah meningkat jika dibandingkan dengan kutipan ada tahun 2024 yang mencatatkan jumlah keseluruhan RM8.665 Juta yang merangkumi kutipan SPG sebanyak RM5.367 Juta dan kutipan melelui kaunter RM3.297 Juta.
Kutipan zakat bagi bulan Disember 2025 mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak RM2.05 juta. Peningkatan ini dipengaruhi oleh pembayaran zakat dilaksanakan pada penghujung tahun yang lazimnya menjadi bulan kepada umat Islam menyemak kewajiban rukun keempat Islam, dengan menunaikan ibadah zakat seperti zakat pendapatan dan harta. Data ini jelas menunjukkan tahap keprihatinan yang tinggi dalam kalangan warga UPM dan masyarakat umum terhadap kewajiban berzakat serta keyakinan mereka terhadap sistem pengurusan yang dilaksanakan oleh WAZAN.
Updated:: 03/08/2026 [rizal_helmi]
MEDIA SHARING